• Bayang

    • (Average rating 3.80 / 10 ratings / 3 reviews)

    RM 27.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789672102922
    • Format : Paperback
    • By (Author): Siti Khadijah
    • Publisher: PENULISAN2U
    • Published Date: 17 Apr 2019

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

KAU TAK SEHARUSNYA HIDUP!
 
Ungkapan itu tidak akan dilupakan oleh SYADI ARSYAD buat seumur hidupnya. Diserang, diugut dan dipukul oleh lelaki misteri membuatkan ketenangan hidup Syadi sebagai insan seni, terganggu. Tanpa alasan yang pasti, nyawanya diancam bahaya. Syadi ketakutan. Lantas, keputusan dibuat. Syadi harus diawasi setiap saat dan setiap waktu. Cadangan untuk mengupah seorang pengawal peribadi diterima oleh Syadi tetapi bersyarat.
 
“Aku cuma nak perempuan ni jadi bodyguard aku. Dia atau bukan orang lain! Itu keputusan aku. Titik!”- SYADI ARSYAD.
 
Keputusan yang dibuat oleh Syadi menimbulkan tanda tanya kepada semua pihak. Namun, keputusan itu merupakan satu peluang yang terbaik bagi AINAN YUSRA. Dibelenggu dengan hutang yang ditinggalkan oleh ayahnya, memaksa Yusra bekerja keras. Dia sanggup untuk menjadi pengawal peribadi kepada Syadi tanpa memikirkan maksud di sebalik tawaran itu.
 
“Aku tahu, banyak salah aku kepada kau dulu. Tapi tu waktu kita tak matang. Kau tak boleh libatkan perkara lepas dengan perkara sekarang. Kalau kau yang dulu bukan kau yang sekarang, aku pun sama. Aku tahu aku salah, aku minta maaf! Tak cukup lagi ke?”- AINAN YUSRA.
 
Namun, kata-kata maaf yang diucapkan oleh Yusra seakan-akan tidak berbekas dalam hati Syadi. Kesalahan dahulu terus diungkit. Walaupun kemaafannya tidak diterima tetapi Yusra tetap menjalankan tugasnya dengan sebaik mungkin sehingga Syadi mengakui kepentingan Yusra dalam hidupnya.
 
“Aku ambil kau jadi bodyguard aku untuk lindungi aku daripada segala bahaya, jadi mulai sekarang aku nak kau jadi bayang aku. Bayang yang takkan tinggalkan aku walaupun dalam gelap, faham?”- SYADI ARSYAD.
 
Yusra akur. Walaupun pelbagai bahaya yang datang, dia siap untuk menghadapinya demi Syadi. Tanpa sedar, rasa aneh mula menjalar dalam hati mereka. Tetapi, belum sempat rasa itu mekar, hati Syadi hancur berantakan! Rasa yang ingin mekar, layu kembali.
 
Mampukah Yusra menjadi bayang untuk Syadi buat selama-lamanya? Hati kedua-duanya hancur. Apakah sebenarnya yang terjadi? Mungkinkah, bayang akan lebih bersinar daripada cahaya?
 
“Anggap saja kesakitan yang aku rasakan setiap kali melindungi kau sebagai balasan untuk sikap aku terhadap kau dulu.” - AINAN YUSRA
 


Goodreads Reviews

(Average rating 3.80 / 10 ratings / 3 reviews)

Bestsellers in cinta

MPH - Bayang