• Operasi Ikat Hati

    • (Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

    RM 32.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789672069010
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nor Hasnida
    • Publisher: Cute Kreatif
    • Published Date: 20 Feb 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Dina Hanania, gadis remaja yang tidak dapat lari dari melalui pengalaman cinta monyet bersama Amirul, salah seorang pelajar terbaik sekolah dan juga seorang atlet sukan sekolah mereka. Dina dikejutkan dengan berita yang dia telah ditunangkan sejak kecil dengan Rayyan Hakimi, anak teman karib ibunya. Peristiwa Amirul ditangkap khalwat bersama Azira, memaksa Dina membuat keputusan terburu-buru menerima pernikahannya bersama Rayyan Hakimi, lelaki yang digelar ’Si Bujang Terlajak’ oleh Dina.
 
Dina - “Encik Rayyan, jangan awak ingat basikal yang awak bell tu mampu buatkan tanggapan saya pada awak akan berubah. Tidak sesekali. Saya tak nak basikal awak tu dan saya tak nak kahwin dengan awak. Faham!”
 
Rayyan - ”Dina tahu tak, kalau selama ni abang boleh tunggu bertahun-tahun untuk menjadikan hari ini satu kenyataan, kenapa Dina fikir abang tak akan sanggup menunggu untuk beberapa tahun lagi?”
 
Sekeras manapun Dina menafikan, akhirnya dia akur juga dengan tuntutan hati yang mula menyintai suaminya berkat kesabaran Rayyan meladeni tingkahnya dengan sabar dan penuh kasih sayang. Sekali lagi hubungan mereka diuji dengan kehadiran Amirul dan Azira. Amirul yang menagih kasih dan Azira si penggoda Rayyan. Curiga, cemburu dan provokasi mula menjadi rencah hubungan mereka.
 
Rayyan - ”Gambar tu dah cukup untuk terangkan segala-galanya. Dina tak pernah berubah. Abang tak sangka Dina masih berhubung dengan lelaki tu. Kenapa? Dina tak boleh lupakan dia ke?!”
 
Dina - ”Jangan panggil Dina sayang. Dina jijik nak mendengarnya. Abang dah lama hilang hak untuk panggil Dina dengan panggilan tu.”
 
Amirul - “Am tahu, tapi Am nak jugak tunggu Dina. Am mengaku Am masih tak boleh lupakan Dina. Sampai hari ni Am masih berharap yang Dina masih milik Am macam dulu.”
 
Akan terleraikah ikatan suci di antara mereka? Masihkah ada harapan untuk Amirul kembali meraih cinta Dina dan Rayyan dilukai sekali lagi? Tegakah Rayyan melepaskan Dina yang dicintai sepenuh jiwa raganya?
 



Goodreads Reviews

(Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Operasi Ikat Hati ISBN - 9789672069010