• Love is Blind

    RM 28.00

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789671620939
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nurharyati Ishak
    • Publisher: SUARA HATI
    • Published Date: 01 Oct 2018

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Zachary: Dari benci cinta itu datang. Kerana cinta, aku tidak boleh melepaskan kau pergi. Kecelakaan yang berlaku kepada aku bukan asbab untuk aku menjerat kasihmu. Biar aku dianggap memenjarakanmu di dalam sangkar emas. Demi memandangmu, mendengar suaramu saban waktu, aku terpaksa melupakan sifat belasku.

Damia: Zachary, kau perdayakanku tanpa aku ketahui apa maksud sebenarmu. Memenjaraku di istanamu bagaikan patung cendana. Kalau cinta, di mana sentuhan kasihmu? Aku diberi kasih namun, tidak dibaja. Layakkah aku menjadi suri di hatimu? Tingkahmu adakalanya membuatkan sanubariku penuh curiga. Tiga tahun pernikahan kita. Jijiknya aku rasa diri ini apabila kau sendiri tidak sudi menyentuhku selayaknya sebagai seorang isteri yang sah.

Kerana cinta mereka berpisah. Apa yang terjadi kerana tidak sengaja. Hati Damia sangat terluka membuatkan dia sudah tawar hati. Keadaan itu membuatkan Zachary hampir-hampir hilang nyawa. Namun… demi cinta yang masih ada, mereka bersatu kembali. Namun, sikap Zachary masih tidak berubah. Sampai bila Damia harus menunggu dirinya disentuh oleh lelaki itu? Perlukah dia menagih nafkah yang tidak pernah terzahir itu? Pabila dugaan mendatang, hati cepat benar berprasangka. Damia kalah dengan cemburunya. Tindakan Zachary tanpa belas telah meruntuhkan tembok kepercayaan Damia terhadap lelaki itu. Kebencian tertanam di lubuk sanubarinya sehingga dia memadamkan terus nama Zachary dalam kamus hidupnya.

 


Bestsellers in cinta

MPH - Love is Blind