• Saat Hilang Cintamu

    RM 35.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789671286005
    • Format : Paperback
    • By (Author):
    • Published Date: 15 Nov 2014

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Izzara Helina - Tujuh tahun menghilang di negara orang, kini dia kembali. Biarpun hati masih terluka dan tercalar, namun Izzara tetap cuba untuk berdiri teguh di negara sendiri. Tapi malang kerana ketenangan yang dicari dirosakkan dengan pertemuan bersama seorang lelaki yang tinggal di kondo sebelah. Dan ya, ini buka jiran mithali atau juga jiran pilihan. Jiran ini jiran hantu. Jiran yang suka membuat bising dan perasan handsome!

"Muzik you adalah muzik paling buruk, paling busuk, paling gila pernah I dengar seumur hidup I. So please stop playing that stupid guitar, I nak tidur: - Izzara.

Dayyan Idraqi - Sudah terbiasa hidup dalam kemasyhuran dan populariti yang menggunung, ego di dada tercalar apabila Izzara langsung tidak mengenali siapa dirinya. Dia adalah Dayyan Idraqi, penyanyi tersohor yang sudah gah mencipta nama dibeberapa buah negara. Macam mana Izzara bolrh tidak kenal? Namun demi menjaga privasi, identiti sebenar disembunyikan. Dia kini bukan lagi Dayyan Idraqi, dia muncul sebagai lelaki biasa di mata gadis itu.

Perang dingin antara mereka berlanjutan sehinggalah pada satu tahap hati mula saling jatuh cinta. Seperti kisah dongeng, Izzara benar-benar tidak percaya apabila mengetahui identiti sebenar Dayyan Idraqi. Dan lebih sukar dipercayai apabila dia yang menjadi pilihan utama berbanding ribuan wanita lain yang mengejar lelaki popular itu. 

Meluah kata sayang, melamar dan berkahwin, semua itu dilakukan penuh gaya oleh Dayyan Idraqi demi memiliki Izzara sepenuhnya. Dan menjelang malam perkahwinan, satu kemalangan tidak diduga mengubah perjalanan indah antara mereka. Izzara terluka. Dayyan Idraqi sensara, tidak ada sesiapa yang mengecapi bahagia.

Antara dua pilihan, Dayyan Idraqi memilih untuk berkorban. Tapi benarkah jalan yang dipilih ini tegak dan lurus? Jika benar mengapa hati Izzara masih terluka? Dan mengapa pula jiwa sendiri masih sakit dan menderita?

 


Bestsellers in cinta

MPH - Saat Hilang Cintamu ISBN - 9789671286005