• Manisnya Souffle

    • (Average rating 4.26 / 62 ratings / 12 reviews)

    RM 24.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789670874494
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dila Dyna
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 15 Apr 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Saat kecewa dikhianati teman lelaki dan teman baik sendiri, muncul seorang lelaki misteri yang berjaya mengubat lara di hati Mia Aizara hanya dengan sepiring soufflé yang manisnya hingga kini masih terasa. Dua tahun kemudian, ‘Paris Hilton Malaysia' itu kembali. Seorang gadis muda yang menjadi pewaris kepada empayar hotel milik keluarganya. Sekembalinya dia di situ mempertemukan dia dengan seorang chef, Zafeeq Aidan. Satu-satunya lelaki yang berjaya membuatkan kehidupan ‘diva'nya tunggang-langgang. Maruahnya tercalar, egonya terguris.
 
“I bos dekat sini! Lantai restoran yang you pijak ni semuanya atas penguasaan I. I'm the boss here, not you! Kalau you masih tak puas hati, dipersilakan angkat kaki dan berhambus dari sini!” – Zafeeq
 
“You… did you just talk back to me?!” – Mia
 
Hari demi hari membuatkan kedua-duanya kian rapat dan akhirnya kata cinta terluah di bibir masing-masing. Namun, sebuah ‘rahsia' yang telah tersimpan sekian lama memburukkan keadaan dan peristiwa demi peristiwa menimpa Mia membuatkan dia kian lelah hinggalah akhirnya….
 
“Kita berpisah.” – Zafeeq
 
“I doakan you takkan bahagia selamanya Zaf!” – Mia
 
Air mata menjadi sahabat setia. Luka yang terobek tak mampu lagi diubati. Lantas kakinya melangkah panjang meninggalkan semuanya. Adakah ini pengakhiran kisah mereka? Kisah yang hadirnya ibarat mimpi yang tak pernah dia dambakan.
 
“Datangnya kau ibarat mimpi yang tak pernah aku dambakan….”
 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.26 / 62 ratings / 12 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Manisnya Souffle ISBN - 9789670874494