• Bila Playboy Jatuh Cinta

    • (Average rating 3.00 / 19 ratings / 2 reviews)

    RM 23.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789670874425
    • Format : Paperback
    • By (Author): Airus Nitra
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 05 Jan 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Aku juga insan yang mendambakan bahagia, bukan derita hingga ke penghujung usia.

Pernikahan paksa dengan Ziyad? Sungguh, Sarah tidak rela! Lebih-lebih lagi dengan lelaki yang dicintai oleh adiknya sendiri. Maka, Sarah nekad mengikut Soffiya ke Kuala Lumpur dengan harapan ada secebis bahagia buat dirinya.
 
Namun, hidupnya menjadi kacau-bilau selepas bertemu dengan Fattah. Lebih haru lagi, lelaki playboy itu adalah kekasih Soffiya. Sarah mendedahkan sikap sebenar Fattah kepada Soffiya untuk menyelamatkan sahabatnya itu. Malangnya, Soffiya tidak percaya dan menuduh Sarah sengaja mereka cerita lalu menghalau Sarah. 
 
Rentetan itu, satu insiden di mana Sarah dan Fattah tertangkap berdua-duaan dalam keadaan mencurigakan di depan mata Datin Mariam (mummy Fattah) membuatkan wanita itu mendesak mereka untuk segera bernikah. Enggan menjadi perampas kekasih kawan baik sendiri, Sarah pulang ke kampung. 
 
Namun, kehadirannya tidak disenangi oleh ayahnya sendiri lalu menghalaunya. Sebaik sahaja Fattah mengetahui punca Sarah dihalau adalah disebabkan sejumlah wang, dia lantas menawarkan kepada ayah Sarah dengan nilai lima kali ganda lebih tinggi. Sarah terkilan.
 
Bagaimanakah kesudahan kisah mereka?
 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.00 / 19 ratings / 2 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Bila Playboy Jatuh Cinta ISBN - 9789670874425