• Sahaja Aku Menikahimu

    RM 23.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789670874364
    • Format : Paperback
    • By (Author): Mas Yura
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 10 Oct 2016

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Tan Sri Khalid susah hati melihat satu-satunya anaknya, Ezahra meliar ke kelab malam. Akhirnya dia memutuskan agar Ezahra bernikah dengan Fayyad, seorang lelaki yang tidak mempunyai harta tetapi, beragama demi menyelamatkan anaknya dunia dan akhirat. Walaupun pada mulanya Ezahra membangkang tetapi, disebabkan Tan Sri Khalid terkena serangan jantung akhirnya dia bersetuju untuk bernikah dengan Fayyad.

Fayyad terpaksa menerima Ezahra walaupun wanita itu bukanlah ciri-ciri wanita yang diimpikan. Mengenangkan Tan Sri Khalid yang banyak berjasa kepada keluarganya, dia terpaksa menerima permintaan lelaki tua itu. Bukan hanya itu alasannya. Dia juga terpanggil untuk membimbing Ezahra ke jalan yang diredai Allah. Kejadian Ezahra hampir diperkosa telah membuka mata dan hati wanita itu. Bersama Fayyad, dia berasa selamat. Malah, dia juga belajar hidup susah...tapi bahagia dengan lelaki itu. Namun, apa yang penting hubungannya dengan Pencipta turut terjaga. Kebahagiaan mereka diduga dengan kehadiran Zahirah, bekas kekasih Fayyad dan kemunculan semula Hairi…kekasih lama Ezahra. Mampukah Ezahra dan Fayyad menongkah masalah ini?

“Dia melindungiku dengan tingginya agama, budi dan maruah. Bukan dengan tingginya harta dan darjat.”

 


Bestsellers in cinta

MPH - Sahaja Aku Menikahimu ISBN - 9789670874364