• Aku, Fall in Love!

    RM 28.00

    Out of Stock. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789670874159
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nozi Danisya
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 01 Dec 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Hidup Mawar tidak pernah dihiasi pelangi kerana ibu tirinya, Mak Dinah sering menyakitinya. Mak Dinah membenci Mawar kerana wajah Mawar persis arwah ibunya yang merupakan penghalang cinta Mak Dinah dengan ayah Mawar ketika zaman mereka muda dahulu.

“Apa? Aku kata tunggu tu tunggulah! Biar kering tahi di punggung bapak kau tu. Nak sangat aku yang buat, kan? Ha tunggulah!” ~ MAK DINAH

Kehadiran Encik Ammar (majikan Mawar) dan Carl Azhar (pemuda kacukan Melayu-Inggeris) telah membuatkan hatinya menjadi libang-libu. Encik Ammar tidak pernah berputus asa menawan hatinya hinggakan Mawar dihimpit serba salah.

“Awak ingat saya nak biarkan awak tunggang skuter waktu macam ni? Fikirlah logik sikit Cik Mawar. Awak tu perempuan. Bahaya ada di mana-mana. Tak tahu takut ke awak ni? Ke awak dah biasa merayap malam-malam?” ~ AMMAR

Carl Azhar pula sering mencuit hatinya walaupun permulaan perhubungan mereka sering dihiasi dengan pergaduhan.

“Eh, you don't talk many-manylah. I'm late. Later my bos angry to me!” ~ MAWAR

“Tak payahlah nak over sangat menangis, I tahu you terharu, kan?” ~ CARL AZHAR

Mawar harus membuat pilihan dan usai hati telah memilih si jejaka, dugaan lain pula datang menimpa. Tabahkah Mawar menerima ketentuan Ilahi buatnya itu?

“Kita merancang, Allah juga merancang. Tetapi, perancangan Allah itu lebih indah.”

 


MPH - Aku, Fall in Love! ISBN - 9789670874159