• Aku Simpan Cinta Dia

    RM 23.00

    Out of Stock. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789670874142
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nana Fiqree
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 07 Oct 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Cinta Zarif kepada Nurul Iman, cinta dalam diam sejak di alam persekolahan lagi. Takdir menemukan mereka semula setelah bertahun-tahun terpisah apabila mereka bekerja di tempat yang sama.

Namun, jalan cinta mereka tidak mudah apabila Azman terlebih dahulu menyunting Nurul Iman sebagai tunangannya.

Malah, Hajar... si hitam manis yang tidak jemujemu menagih cinta Azman mengeruhkan lagi keadaan.

Menghadap Zarif yang sinis tapi mengambil berat dalam diam membuatkan hati Nurul Iman berada di persimpangan untuk memilih Azman yang kuat cemburu dan sering beralasan ataupun Zarif. Dan Hajar pula berterusan menggoda Azman.

Ya Allah, kecilnya dunia. Lelaki kurus tinggi itu dia? Dia yang menaruh hati pada aku sejak dulu? Rasa macam tak nak percaya.

"Kalau disebabkan perasaan saya, awak buat keputusan ini. Saya janji akan buang perasaan ini Iman. Saya takkan ganggu awak lagi, tapi tolonglah tarik balik surat perletakan jawatan awak tu." ~ ZARIF

"Keputusan saya langsung tak ada kena-mengena dengan awak. Dan tentang perasaan awak, itu hak awak untuk terus menyimpannya. Tapi untuk saya, perasaan tu tak pernah wujud sejak dari mula kita bertemu lagi. Saya minta maaf." ~ IMAN

"Kita kahwin. I sanggup bermadu, asalkan hubungan kita sah. Takkan kita nak macam ni sampai bila-bila," ~ HAJAR

"Memang dia sayangkan I, tapi you ingat dia akan maafkan I kalau dia tahu hubungan kita? Lebih-lebih lagi di waktu sekarang ni. Nanti, tengok muka I pun dia tak ingin." ~ AZMAN

"Andai seribu tahun lagi aku perlu menanti, waktu itu cukup singkat bagiku kerana aku mencintaimu tanpa pernah lelah."

 


MPH - Aku Simpan Cinta Dia ISBN - 9789670874142