• Mimpikan Aku, Please!

    RM 22.00

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789670874074
    • Format : Paperback
    • By (Author): Mimie Ismail
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 31 Aug 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Laila Elise Katrina berdendam dengan bapanya kerana menyebabkan dia tidak berkesempatan bertemu ibunya buat kali yang terakhir. Kejayaannya langsung tidak bermakna pada dirinya. Daddy kejam!

Hati yang terluka semakin parah apabila bapanya mempertaruhkan masa hadapannya dengan Zarith, demi kepentingan syarikat. Elise tidak sanggup hidup bersama Zarith, playboy tersohor di KL lalu lelaki itu ditinggalkan pada hari pernikahan mereka.

Zarith tegar memburu Elise kerana telah memalukan keluarga, lebih-lebih lagi dirinya yang tidak pernah ditolak oleh mana-mana perempuan.

Demi Great Pan's, Akbar Adil Haikasy sanggup meninggalkan kemewahan hidupnya. Dia rela hidup sehelai sepinggang daripada menerajui empayar perniagaan ayahnya, Tan Sri Imran.

Pertemuan Elise yang petah berkata-kata dan Akbar yang perengus di hadapan pintu Great Pan's membuka lembaran baru dalam hidup mereka.

“Awak ni datang bulan ya?” sindir Elise.

Akbar berang. “Lebih baik kau blah, jangan kacau aku!”

“Awak ingat saya nak mengurat awak ke? Saya cuma nak tolong aje,” beritahu Elise dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati.

Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti seketika. Sambil tersenyum sinis dia berkata, “bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan kau asyik tengok aku aje dari pagi tadi.”

Elise rasa tak percaya dengan kata-kata Akbar tadi. Apa yang dimaksudkan oleh Akbar adalah sewaktu dia ‘ter'renung Akbar pada pagi tadi. Lidahnya serta-merta menjadi kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi senyuman sinis itu amat menarik perhatiannya. Lesung pipit di kiri dan kanan, bibir yang meleretkan senyum sinis dan....

“Nampak tak apa yang aku cakap tadi?”

“Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun. You know what, you got something on your teeth. Here.” Elise menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.

 


MPH - Mimpikan Aku, Please! ISBN - 9789670874074