• Chandelier

    RM 32.00

    Out of Stock. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : cinta
    • ISBN Code: 9789670874005
    • Format : Paperback
    • By (Author): Acik Lana
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 11 May 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Keisha Edlina digelar gold digger kerana berbekalkan wajah pan-Asia dan tubuh yang sempurna dia menggoda lelaki kaya dan peras harta mereka habis-habisan. Kemudian dia mencari lelaki lain yang jauh lebih kaya pula.

Hubungan selama dua tahun bersama Datuk Eusoff tidak menjadi, dan dia berpaling pula kepada Tan Sri Emran. Belum sempat mencapai angan-angan, satu insiden ngeri telah menimpa Keisha Edlina. Dia berputus asa untuk meneruskan hidup, namun kemunculan Kaef mengubah haluannya.

Aneh. Hatinya terpikat dengan keikhlasan lelaki itu walaupun Kaef tidak punya banyak harta atau kemewahan.

"Don't touch me, please. I tak nak dituduh goda you pulak nanti."

"Keisha...." Kaef mengeluh perlahan. Hati mula dilambung perasaan bersalah apabila memikirkan ‘hukuman' yang diberikan kepada Keisha Edlina sepanjang hari ini. Sedangkan dia terlupa, dia juga turut bersalah. Kata orang tepuk sebelah tangan tak akan berbunyi, jadi adilkah dia melayan Keisha Edlina sedingin tadi? Sudah tentu tak. Tapi, ego seorang lelaki telah menyebabkan hati gadis ini terluka dan terdera sekali lagi.

"I ambil MC hari ni and please jangan cari I. I perlukan ruang untuk diri sendiri."

"Keisha!" Sekali lagi dia memanggil, namun sedikit pun Keisha Edlina tak menoleh ke belakang. Dengusan terhela dari bibir. Tangan pula naik melurut rambut dengan perasaan serba salah.

Keisha... I'm sorry! Jerit hatinya berulang kali.

Sedang indah menikmati hidup penuh bahagia di sisi Kaef, kekhilafan silam mula datang menghukum. Satu per satu ujian dan dugaan yang hadir membuatkan Keisha Edlina terpaksa berkorban.

"Dirimu laksana chandelier. Paling menyerlah, paling cantik dan memukau perhatian... tapi sayang, dikau hanya sekadar perhiasan."

 


MPH - Chandelier ISBN - 9789670874005