• Pakej Cinta Kombo

    • (Average rating 3.96 / 26 ratings / 14 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789670870199
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dhiyana
    • Publisher: Anaasa Publication
    • Published Date: 01 Jun 2016

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Pakej cinta yang paling unik! Tackle satu dapat dua
 
Semuanya bermula bila dia mengahayati ciptaan Tuhan. Aufa Norjannah, berada dalam mimpinya saat terpandang wajah kacak Ameer Fayyadh yang berjalan ke luar rumah. Persis filem Hindustan. Bagai ada angin yang mengiringi adegan itu. Jeritan Ameer kepadanya membuatkan Aufa tersenyum manis. Tapi...
 
"Awak! Pandang depan!" - Ameer Fayyadh
"Arghhh!!!" - Aufa Norjannah
 
Pertama kali terjatuh di hadapan lelaki itu, sakitnya tak terasa. Namun, pertemuan demi pertemuan mula memahat rasa cinta dalam hati.
 
"Kenapa saya raksasa dan awak pula Ultraman?" - Aufa Norjannah
"Sebab hati saya selalu berkelip-kelip bila terpandang akan awak." - Ameer Fayyadh
 
Affan Muqri, doktor 'hot' yang setia pada Nur Awliya yang mula diminati 14 tahun lalu. Namun, status Awliya sebagai isteri orang mengundang kecewa di hati. Parah! Sehingga di hatinya tiada pengganti. Namun, pertemuan semula Affan dan Awliya membibitkan perasaan yang sama antara mereka. Tebu mula ditanam ditepi bibir...
 
"Sekali saya dah hulurkan tangan, saya takkan tarik semula, Liya. Selama-lamanya saya akan tetap hulurkan tangan saya. Sekali huluran saya bersambut, sehingga hujung nafas saya akan genggam erat. Dan saya takkan biarkan genggaman tu terlerai sampai bila-bila pun. Itu janji saya, Liya." - Affan Muqri
"Selama-lamanya?" - Awliya
"Selama-lamanya." - Affan
 
Namun, kasih sayang menjadi penghalang hubungan cinta antara Aufa dan Ameer. Manakala, dendam yang terbuu di dalam hati menjadi duri di dalam hubungan Affan dan Awliya. Kesetiaan dipertaruhkan. Kepercayaan ditagih. Mampukah mereka melakar bahagia bila hati mula ragu dan gundah? Pakej Cinta Kombo, satu dalam seribu!
 
 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.96 / 26 ratings / 14 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Pakej Cinta Kombo ISBN - 9789670870199