• Magisnya Cinta

    • (Average rating 3.77 / 101 ratings / 22 reviews)

    RM 29.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789670567983
    • Format : Paperback
    • By (Author): Syamnuriezmil
    • Publisher: Penulisan2u
    • Published Date: 10 Dec 2015

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Cinta itu seperti magis. Sihirnya boleh membuat seseorang yang waras boleh jadi gila, hilang boleh cari, hati boleh diganti dan benci...boleh tinggal seinci. Ya, cinta itu magis. Hebat kuasa yang ada pada cinta, yang hanya bermula daripada rasa.

Kerana cinta, Adib Haiman sanggup melepaskan orang yang dicintai. Kerana cinta, Rose Khadeeja mengikut kata hati. Kerana cinta, Natasha Erynna sanggup berdendam. Kerana cinta, Megat Razeen sanggup mengambil kesempatan. Kerana cinta, Megat Waiz Yafiq sanggup pasrah dan reda. Kerana cinta, Cinta Alana sanggup mengikut kehendak orang tua. Kerana cinta, semuanya sanggup berbuat apa saja.

Namun...

Adakah semua kesanggupan itu ada nilainya? Akankah mereka bertemu dengan cinta sejati?
Semuanya bermula pada satu rancangan yang dibuat oleh Rose. Kononnya mahu menegakkan keadilan ke atas percintaan kawan baiknya, Natasha yang kecundang dengan Adib. Namun akhirnya, hati Rose pula yang tersangkut. Itulah, magisnya cinta buat benci bertukar sayang. Rupa-rupanya, Adib turut mempunyai perasaan yang sama terhadap Rose.

Saya cintakan awak kerana Allah S.W.T. Saya lepaskan awak, juga kerana Allah S.W.T. Kalau awak kembali kepada saya kerana Allah S.W.T, saya akan terima awak kerana Allah S.W.T. - Adib Haiman

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.77 / 101 ratings / 22 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Magisnya Cinta ISBN - 9789670567983