• Segalanya Mungkin

    • (Average rating 3.59 / 44 ratings / 5 reviews)

    RM 28.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : CINTA
    • ISBN Code: 9789670448220
    • Format : Paperback
    • By (Author): Nieya Jalies
    • Publisher: Kaki Novel
    • Published Date: 01 Mar 2013

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Kerana kasihkan ayahnya, Mia sanggup mengorbankan perasaannya sendiri kerana ayahnya seorang yang telah membesarkannya. Bermula saat itu ‘pengembaraan' Nur Mia dipenuhi liku-liku yang berduri.

Muaz Hasbi yang disangka dapat menumpang kasih, nyata tidak sudi menerima kehadirannya. Segala tohmahan dan cacian diterima dengan hati yang lara sehingga menjadikan dia seorang wanita yang cekal hati.

Apabila dua hati sudah mula bersatu, Nur Mia dihidangkan pula dengan babak kecurangan suaminya. Dengan langkah penuh kecewa, Nur Mia nekad meninggalkan suaminya.

Muaz Hasbi sedar yang dia amat memerlukan Nur Mia. Egonya dibuang jauh, pujuk rayu mulai mewarnai kehidupan dua insan ini.

Bahtera bahagia yang baru dilayari kembali dilanda angin kencang dengan hadirnya insan yang tidak pernah diharapkan lagi. Nur Mia semakin lena dengan janji-janji seorang ‘ibu fantasi'. Warith Fahmi pula semakin rancak membuai jiwa dengan angan-angan kosong rekaannya semata-mata.

Muaz Hasbi nekad mempertahankan rumah tangganya. Dia yakin masih ada sinar bahagia untuk rumah tangganya. Nur Mia juga mempunyai jiwa yang sama. Sejauh mana usaha Muaz Hasbi? Sedalam mana harapan Nur Mia?

“Kerana rindu itu aku setia... kerana kasih ini aku di sini... kerana sayang itu aku terluka... kerana cinta ini aku terus menanti.”

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.59 / 44 ratings / 5 reviews)

Bestsellers in CINTA

MPH - Segalanya Mungkin ISBN - 9789670448220