• Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Filem)

    • (Average rating 3.92 / 773 ratings / 39 reviews)

    RM 23.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : ADAPTASI
    • ISBN Code: 9789670246307
    • Format : Paperback
    • By (Author): Syamnuriezmil
    • Publisher: Karya Seni
    • Published Date: 31 Aug 2012

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” –Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

Pilihan Staf:
Plot penceritaan yang tersusun, santai dan mudah dihadam. Pengorbanan seorang lelaki yang sanggup mengorbankan kepentingan sendiri demi menyelamatkan maruah insan lain wajar dicontohi. Namun, pengorbanan itu (pada pendapat saya) haruslah berlunaskan hukum-hukum yang termaktub dalam ajaran Islam, agar pembaca tidak meletakkan persepsi yang negatif terhadap cara hidup individu muslim itu sendiri.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.92 / 773 ratings / 39 reviews)

Bestsellers in ADAPTASI

MPH - Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Filem) ISBN - 9789670246307