• Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia: Bagaimana Teknologi Boleh Membantu

    • (Average rating 5.00 / 1 ratings / 0 reviews)

    RM 25.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : bahasa-and-pendidikan
    • ISBN Code: 9789674305420
    • Format : Paperback
    • By (Author): Husniza Husni; Zulikha Jamaludin
    • Publisher: Institut Terjemahan & Buku Malaysia
    • Published Date: 15 Jan 2016

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Perkataan "disleksia" berasal daripada gabungan dua perkataan Yunani iaitu "dys" yang bermaksud kesukaran atau kesusahan dan "lexis" yang bermaksud bahasa atau pertuturan. Jadi, apabila digabungkan, ia membawa maksud kesukaran atau kesusahan dalam bahasa. Secara literalnya, "disleksia" bermaksud kesukaran dalam berbahasa. Kanak-kanak yang menghidap disleksia bukan sahaja menghadapi masalah pembacaan, tetapi juga dalam pengejaan, penulisan serta beberapa aspek bahasa lain. Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia pula menjelaskan bahawa murid-murid yang mempunyai kecerdasan mental yang searas atau melebihi murid-murid biasa tetapi mempunyai kesukaran atau kelemahan yang tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis.

Buku ini cuba mengetengahkan ilmu teknologi Pengecaman Percakapan Automatik dalam membantu kanak-kanak yang menghadapi disleksia. Ia jarang-jarang digarap dalam Bahasa Melayu dan teknologi ini juga sangat kurang dibina dan diaplikasikan untuk Bahasa Melayu. Buku ini menyasarkan pembaca yang ingin mengetahui lebih lanjut konteks perbincangan teknologi ASR dan perkaitannya dengan disleksia dan Bahasa Melayu. Buku ini juga sesuai untuk mereka yang ingin belajar dan berkecimpung dalam dunia teknologi ASR dan seterusnya berhajat untuk menggunakannya dalam kehidupan seharian.

Selain ASR, buku ini juga turut memberi informasi dan maklumat menarik tentang disleksia dan masalah pembelajaran mereka untuk dikongsi bersama, terutama kepada ibu bapa dan guru-guru pendidikan khas disleksia yang terlibat secara langsung dalam pendidikan anak-anak istimewa ini.

 


Goodreads Reviews

(Average rating 5.00 / 1 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in bahasa-and-pendidikan

MPH - Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia: Bagaimana Teknologi Boleh Membantu ISBN - 9789674305420