Pada Anjun, hati dan perasaan itu miliknya sendiri. Rasa kasihnya bukan boleh dipaksa. Sayang dan cintanya bukan boleh ditambat sesiapa. Salahkah dia jika menurut kata hatinya demi sebuah cinta?
Anjun menelusuri kehidupan gadis orang asli yang terperangkap antara cinta dan cita-cita. Mahasiswa kota yang datang membuat Khidmat Bakti Siswa di kampungnya telah menambat hati dan menjadi pendorong utama kepadanya untuk ke universiti.