• Dr. Mahathir: Warkah Terpilih kepada Pemimpin Dunia

    RM 39.90

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : GENERAL BOOK - MALAY
    • ISBN Code: 9789833845538
    • Format : Paperback
    • By (Author): Tun Dr. Mahathir Mohammad; Abdullah Ahmad
    • Publisher: Marshall Cavendish
    • Published Date: 04 Apr 2008

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Koleksi 71 pucuk surat hasil tulisan Dr. Mahathir, Bush, Chirac, Blair, Thatcher dan Putera Charles (di samping yang lain) ini unik kerana masing-masing menyuarakan pendirian yang berlainan, malahan ada yang bertentangan berhubung dengan isu-isu yang sama: keganasan, globalisasi, hubungan ekonomi dan diplomatik, serta perang dan konflik. Surat-menyurat ini memberikan gambaran tentang keadaan dunia sebenar yang diselubungi pelbagai permasalahan dan kerumitan untuk tatapan dan renungan pembaca. Surat-surat ini bersifat terbuka, padat dan penuh dengan informasi serta sesetengahnya mencabar. Kenangan mereka dan ungkapan kata-kata yang bernas merangsang dan mengusik jiwa pembaca.

Dr. Mahathir menulis dengan terus terang, selaras dengan orangnya yang bersikap berterus terang. Sesungguhnya koleksi warkah ini memuatkan surat-surat yang ditulis sendiri oleh tokoh Perdana Menteri Malaysia yang bukan saja dikagumi, malahan disegani. Sebuah karya menarik yang boleh dihayati oleh pelbagai lapisan pembaca mereka yang gemar akan politik, mereka yang terlibat dalam hubungan diplomatik dan pakar hubungan antarabangsa. Tidak ada sepucuk surat pun dalam koleksi ini yang pernah terbit sebelum ini. Salah satu ciri paling menonjol yang memberi manfaat kepada para pelajar bahasa Inggeris (di Malaysia dan rantau Asia) adalah penjelasan tentang pelbagai isu rumit diberi dalam gaya bahasa Inggeris yang mudah. Buku ini senang dibaca oleh pembaca biasa, guru dan pendidik, pelajar dan ahli politik, apa lagi editor dan penerbit. Buku ini mendorong kita untuk terus menghayati politik dan terlibat sama dalam politik.

 



Bestsellers in GENERAL BOOK - MALAY

MPH - Dr. Mahathir: Warkah Terpilih kepada Pemimpin Dunia ISBN - 9789833845538