• Pemburu Hartanah

    • (Average rating 4.20 / 5 ratings / 1 reviews)

    RM 30.00

    Available for shipping in 5-10 working days

    • Category : GENERAL BOOK- MALAY
    • ISBN Code: 9789830976815
    • Format : Paperback
    • By (Author): Abe Nazz
    • Publisher: Galeri Ilmu
    • Published Date: 20 Nov 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Himpunan kisah benar dan ilmu teknikal asas pelaburan hartanah binaan pemaju.

Pemburu Hartanah adalah satu daripada dua jilid Daimyo No Sakuhin. Daimyo itu bererti Raja Negeri pada zaman Perang Sengoku di Jepun. Daimyo berkuasa penuh bagaikan seorang raja dan mengenali setiap inci tanah jajahannya.

Abe Nazz melabelkan dirinya sebagai Daimyo Setia Eco Park. Beliau meminati hartanah di jajahan Barat dan Utara Greater Kuala Lumpur (GKL). Yang menariknya, selama 15 tahun melabur dalam bidang hartanah, kesemua 14 hartanah beliau ialah hartanah dalam pembinaan (under construction / undercons).

Ibu dan bapa Daimyo Eco Park ini kedua-duanya ialah bekas guru sekolah. Maka, di sinilah datangnya kemahiran beliau untuk mendidik dalam susun atur yang ringkas tetapi padat.

Beliau sedar untuk melangkah jauh dalam pelaburan undercons, beliau perlu mencari enam lagi Daimyo dari kawasan jajahan lain. Setelah berjaya mengumpulkan enam Daimyo, beliau mula mengumpulkan pelabur-pelabur undercons yang tegar.

Wawasan beliau ialah untuk menubuhkan sebuah Koperasi Jaegers sebelum 2020 yang akan melabur dalam pemaju-pemaju yang mempunyai potensi, melabur dalam hartanah komersial seperti hotel, dan melabur dalam tanah-tanah yang bisa dimajukan.

Buku ini ditulis dengan niat untuk melengkapkan ilmu asas dalam pelaburan undercons. Buku ini akan disusuli dengan Siri 2 yang padat dengan tip dan strategi yang lebih kompleks. Apa yang pasti, pelaburan undercons ialah satu pelaburan yang bermula dengan modal yang minimum, yang perlu dijalankan dengan penuh agresif tetapi masih perlu berhati-hati, yang akhirnya mampu menjana laba yang besar.

Diharapkan pembaca akan mendapat ilmu yang bermanfaat daripada perkongsian 15 tahun ini. Apa yang ingin disampaikan ialah orang makan gaji pun boleh melabur hartanah bernilai jutaan ringgit sekiranya ilmu hisab undercons adalah mantap!

 



Goodreads Reviews

(Average rating 4.20 / 5 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in GENERAL BOOK- MALAY

MPH - Pemburu Hartanah ISBN - 9789830976815