• Raja Kesatria: Hijab Raja Zulqarnain

    • (Average rating 5.00 / 2 ratings / 1 reviews)

    RM 20.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : GENERAL BOOK- MALAY
    • ISBN Code: 9789830976587
    • Format : Paperback
    • By (Author): Web Sutera
    • Publisher: Galeri Ilmu
    • Published Date: 20 May 2017

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Apa kaitan di antara Alexander the Great dengan Raja Zulqarnain? Adakah mereka orang yang sama yang dirakam waktu dan kitab al-Quran? Saga kembara jiwa, fizikal dan iman dalam meraikan kelainan bangsa, budaya dan agama.

Merentas waktu dan jarak, dari Macedonia sehingga ke benua India. Berdada dengan gelagak medan tempur yang penuh kebencian dan berdarah. Sang Raja Mukmin terus berkelana dalam ramainya manusia.

Raja Zulqarnain berhasrat menyatukan manusia di Barat dan Timur dalam sebuah empayar luas yang dicatat sejarah dan kitab. Maka dengan takdir dan tadbir Tuhan Yang Maha Esa, romantik jagat buana dibebaskan daripada belenggu penguasa tirani oleh Raja Kesatria yang adil. Raja Zulqarnain seorang pejuang, pemerintah adil yang dikisahkan dalam al-Quran sebelum kelahiran Nabi Muhammad SAW.

Di era kegelapan para penyembah berhala dan tuhan-tuhan yang pelbagai, bangkit seorang perintis tuntunan Allah bagi membebaskan dua dunia; Timur dan Barat. Dengan ilham daripada mimpi dan tuntunan orang alim, Raja Zulqarnain memimpin bala tentera membebaskan dunia kegelapan para penyembah berhala.

Jejak perjuangan keimanan dibongkar, mencari sebuah kebenaran Tuhan Yang Maha Esa, bahawa hanya Allah yang layak disembah.

NOVEL IBRAH SEJARAH yang diberi nafas baharu daripada karya asal MACEDONIA ALEXANDER AGUNG Hijab Raja Zulqarnain.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 5.00 / 2 ratings / 1 reviews)

Bestsellers in GENERAL BOOK- MALAY

MPH - Raja Kesatria: Hijab Raja Zulqarnain ISBN - 9789830976587