• Tribut Sang Murabbi: Tuan Guru Dato' Dr Haron Din: Kejora di Langit Malam

    RM 25.00

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : bacaan-umun--lain-lain
    • ISBN Code: 9789675968662
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dr.Riduan Mohamad Nor
    • Publisher: Institut Darul Ehsan
    • Published Date: 01 Dec 2016

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Arca yang berdiri memantulkan seribu keteladanan di jalan dakwah, itulah biodata hidupnya adalah pantulan berkilau buat rujukan para pendakwah tanah air, juga petunjuk teladan buat penegak perjuangan Islam. Rumusan yang boleh kita nukilkan dalam keseluruhan segmen hidup tokoh ini ialah, tiada istilah berehat daripada perjuangan dan dakwah. Jauh daripada sikap berputus asa dan apologetik dalam memartabatkan Islam sebagai manhaj kehidupan.
 
Sosok ulama yang tak kenal makna mementingkan diri sendiri, sentiasa berbahagi dan berkongsi. Selagi ada kudrat dan keringat, selagi ada ilmu dan hikmah, maka selagi itulah jalan ditempuh berhampar mehnah bagi menyampaikan dakwah.
 
Almarhum Tuan Guru Dr Haron Din adalah simbol penyatuan umat Islam serta lambang kerendahan hati menyulam budi. Tampangnya yang seder-hana, ikhlas, menepati masa, tenang, tawaddhu’, warak dan tekun berteleku di sejadah menjadi ingatan kolektif kita semua, abnaul harakah dan anak muridnya yang setia.
 
Buku ini diluncurkan untuk memperingati sosok besar dunia dakwah di tanah air kita, Tuan Guru Dato’ Dr Haron Din yang telah kembali ke rahmatul-lah pada 16 September 2016. Maestro dakwah ini memberikan seluruh kehidupannya untuk ilmu dan juga berbakti kepada masyarakat. Almarhum mempunyai dimensi kehidupan yang sangat menarik, bukan sahaja diiktiraf dalam gerakan Islam sebagai Mursyidul Am namun kebaktiannya telah melangkaui garisan politik. Sangat istimewa apabila kematiannya dirasai oleh semua pihak, istana, pemain politik kerajaan dan oposisi serta rakyat jembel yang merasa almarhum sangat dekat dengan mereka.
 


Bestsellers in bacaan-umun--lain-lain

MPH - Tribut Sang Murabbi: Tuan Guru Dato' Dr Haron Din: Kejora di Langit Malam ISBN - 9789675968662