• Aku Pikat Dia

    RM 26.90

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : bacaan-umun--lain-lain
    • ISBN Code: 9789675822407
    • Format : Paperback
    • By (Author): Dhya Shiha
    • Publisher: SR Publication
    • Published Date: 10 Oct 2016

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Dalisya Irdina ala-ala tomboi. Zafrin pula agak pemalu dengan perempuan tetapi bermulut vokal. Bila bertemu ada sahaja pertikaman lidah yang berlaku. Kata orang, macam kucing dengan anjing.

Pertemuan pertama merekadi dalam Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) Ipoh ke KL Sentral. Suatu insiden yang tidak disengajakan di antara mereka telah berlaku. Malu!

"Kenapa awak renung muka sayasemacam aje? Saya tahulah saya ni hansome".

Wajahnya merah menahan malu. Kalau ikutkan hati mahu saja dia tampar mulut mamat terlebih perasan itu. Mujurlah kata-kata lelaki itu sekadar cukup untuk didengar di telinganya sahaja.

"Sengal betul mamat perasan handsome ni. Kalau ya pun tariklah bag tu perlahan-lahan, ini main sentap aje. Sakit dada aku".

Dia masuk semula ke dalam tandas dan berdiri di depan cermin. Insiden sebentar tadi amat memalukannya.

"Apa punya malanglah nasib aku hari ni? Pagi tadi dia terlanggar dan terpeluk aku, sekarang aku pulak terpeluk dia, eeee...."

Dalisya Irdina menahan sebak. Kelopak matanya sudah mula berkaca. Bila-bila masa sahaja air mata akan gugur.

"Aku lebih rela membujang sampai ke tua! Kau bukan taste aku. Kau tu pakai pun macam jantan, nanti orang kata aku ni mamat songsang pulak! Sebenarnya aku hanya nak jadikan kau batu loncatan untuk aku dapatkan Nia aje".

"Awak ingat selama ni saya dah jatuh cinta pada awak? Pernah saya kata cinta pada awak, hah? Awak ingat, awak lelaki yang memenuhi cita rasa saya ke? Kalau itu yang awak rasakan, awak silap, Saya sekadar nak berkawan dengan awak. Tak lebih daripada itu".

Zafrin rasa tertipu. Hubungan mereka retak. Dia terpaksa akur dan membuat pilihan. Siapakah yang bakal menjadi pilihan Zafrin, Dalisya Irdina ataupun Adlina Dania? Aku Pikat Dia. Siapakah yang memikat hatinya?

 


Bestsellers in bacaan-umun--lain-lain

MPH - Aku Pikat Dia ISBN - 9789675822407