• Aku Budak Kampung

    RM 17.90

    Available for shipping in 3-5 working days

    • Category : bacaan-umun--lain-lain
    • ISBN Code: 9789675822254
    • Format : Paperback
    • By (Author): Azaika
    • Publisher: SR Publication
    • Published Date: 15 May 2015

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Rosli adalah seorang pemuda kampung. Beliau berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang dalam Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) namun tidak mahu melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti dan tidak mahu kerja makan gaji setaraf dengan kelulusan yang dimilikinya.

Sebaliknya beliau lebih berminat untuk melakukan kerja-kerja kampung seperti menoreh getah, mengambil upah menebas dan berkebun. Namun begitu cabaran tetap ada, bila ada yang merendah-rendahkan apa yang dilakukan oleh beliau dengan alasan anak muda sepertinya dalam zaman serba moden ini harus hidup mewah dengan makan gaji dan bukannya mencari rezeki dengan bertani.

Tetapi dia tidak menghiraukan itu semua. Dia telah menghidupkan kembali persatuan belia di kampungnya yang telah berkubur setelah ketiadaan pengerusinya berhijrah ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan.

Berkat usaha, akhirnya membuahkan kejayaan di mana beliau telah diberikan anugerah petani terbaik manakala persatuan belia di kampungnya pula meraih anugerah belia contoh. Mesej utama dalam novel ini adalah anak muda boleh berjaya dalam hidup, walaupun dalam bidang pertanian seperti yang disebut dalam pepatah  ‘Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan'.

 


Bestsellers in bacaan-umun--lain-lain

MPH - Aku Budak Kampung ISBN - 9789675822254