• Cinta Masam Manis

    RM 30.90

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : bacaan-umun--lain-lain
    • ISBN Code: 9789675822209
    • Format : Paperback
    • By (Author): Aina Meira
    • Publisher: SR Publication
    • Published Date: 01 Dec 2014

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Kebahagiaan rumahtangga Feeda dan Johan sunyi bila ditakdirkan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. Kehidupan Feeda dan Johan bertambah kacau bilau apabila ibu Johan, Puan Sally mula mengatur rancangan untuk menjodohkan Johan dengan anak sepupu kesayangannya Arissya dengan alasan untuk memperolehi zuriat.

"Ary? Ary lagi yang call? Siapa Ary ni sebenarnya? Aku cukup kenal ringtone telefon ni. Lagu Shae, penyanyi Indonesia yang popular dengan lagu ‘Sayang'. Ish! Tak boleh jadi ni,” getus Feeda.

Adoi! Kepala Johan makin sesak dan serabut apabila ibunya terus mendesak dia untuk berkahwin lain. Bermadu? Bolehkah isterinya menerimanya? Arissya yang tidak pernah kenal erti putus asa terus juga mencuba untuk memikat hati Johan.

"Nak siasat apalagi, Johan. Dah terang tak kan nak bersuluh lagi. Terang-terang muka kau kat dalam video tu, kau tak nak mengaku lagi. Mama pun tak sangka kau sanggup buat perkara maksiat tu.Kalau betul-betul kau nak kan Risya tu, bagitahu mama”.

Segalanya akan terbongkar jika Johan tidak menunaikan janji yang telah dibuat dengan Arissya. Dalam masa yang sama hubungan Feeda dan Yani semakin tegang.

"Kalau jadi apa-apa pada Yani, abang tak akan maafkan ayang…tak akan.” Perlahan suara Johan tapi cukup menikam lumat hati Feeda.

Cinta Masam Manis bagaikan rencah kehidupan dalam menggapai bahagia. Namun, mampukah dia bertahan? Mampukah dia bersabar? Perlahan-lahan air mata mengalir di celahan pelupuk matanya.

 


Bestsellers in bacaan-umun--lain-lain

MPH - Cinta Masam Manis ISBN - 9789675822209