• Kekasihku Popular

    • (Average rating 3.32 / 19 ratings / 4 reviews)

    RM 31.90

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : MALAY BOOK
    • ISBN Code: 9789675822148
    • Format : Paperback
    • By (Author): Phidot
    • Publisher: SR Publications
    • Published Date: 31 Dec 2013

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

KEKASIHKU POPULAR mengisahkan kehidupan seorang gadis bernama Rianna Lily yang kehilangan ibunya setelah perkahwinan ibu bapanya itu musnah. Naluri untuk bertemu dengan ibunya yang membuak-buak itu telah membawa dirinya pulang ke tanah air tercinta, Malaysia. Setibanya di Malaysia, berlaku banyak rentetan peristiwa yang tidak pernah tercapai dek akal. Rentetan peristiwa yang tidak disangkakan itu terjadi setelah gadis itu bertemu dengan vokalis Rookies, Ryu Firdaus. Ryu Firdaus yang turut terpisah dengan ibunya sedari kecil setelah perceraian ibu bapanya itu mempunyai sikap yang kurang menyenangkan hati Rianna Lily. Setiap pertemuan dengan Ryu Firdaus pasti penyudahnya adalah pertengkaran. Dua-dua akan makan hati dengan kata-kata pedas dan berbisa. Kelihatan mereka ini seakan-akan kucing dan tikus, ibarat Tom and Jerry.

Macam-macam hal yang berlaku di antara mereka. Sehinggalah terjadi satu peristiwa di kelab malam di mana Ryu telah dipukul oleh seorang lelaki yang begitu ketagih dengan liuk lentok tubuh badan Rianna semasa menari. Peristiwa ini telah membuka mata Rianna akan makna tanggungjawab. Rianna berasa sangat kesal dan sanggup mengambil peranan daripada Mimi yang sarat hamil sebagai PA Rookies untuk menebus kesalahan terhadap Ryu. Dalam menjadi PA, Rianna juga tidak melupakan tugasnya sebagai pembantu café. Menjadi pembantu café dan merangkap juga sebagai PA sememangnya tidaklah sesenang ABC mahupun 123. Pelbagai dugaan melanda dan memporak-perandakan kisah gadis kecil yang bermata hijau itu.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.32 / 19 ratings / 4 reviews)

Bestsellers in MALAY BOOK

MPH - Kekasihku Popular ISBN - 9789675822148