• Wong Fei Hung: Legenda Kung Fu China

    • (Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

    RM 24.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : MALAY GENERAL BOOKS
    • ISBN Code: 9789675370960
    • Format : Paperback
    • By (Author): Shafie Abd. Rahman
    • Publisher: Yamani Angle

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Satu nama besar dalam dunia seni bela diri di China. Memiliki bakat semula jadi dan mula menunjjukan minat yang mendalam terhadap seni bela diri sejak kecil lagi. Bermula daripada menguasai dasar-dasar Hung Gar, Wong Fei diakui “genius” kung fu apabila mencipta jurus-jurusnya sendiri  yang diberi nama Jurus Harimau Terbang, Jurus Sembilan Pukulan Khusus dan Jurus Tendangan Tak Berbayang.

Kehebatannya menumpaskan musuh, hatta kadang-kadang dalam pertarungan satu lawan dua puluh, tidak sekali-kali menyebabkan beliau lemas dalam kemashyuran. Wong Fei Hung sentiasa merendah diri dan mengekalkan sikap-sikap murni membantu yang susah, membela yang teraniaya, Sabar, Redha, Syukur, Qanaah, Tawakal dan lain-lain sebagai pakaian dirinya. Ini adalah hasil didikan dan tarbiah yang diberikan oleh kedua-dua Ibu Bapanya.
 
Watak dan peribadi Wong Fei Hung serta zaman kehidupannya mengundang polemik yang mengatakan beliau seorang Muslim. Polemik ini masih tiada kesudahan lantaran sikap pihak tertentu yang  mungkin mengaburkan jati diri Wong Fei Hung demi menjaga imej kekuasaan mereka.

Buku ini mengorak langkah lebih setapak ke hadapan dengan menggambarkan Wong Fei Hung Sebagai pahlawan Muslim. Mungkin suatu masa nanti kenyataan akan terserlah sepertimana yang pernah berlaku kepada Laksmana Cheng Ho.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 0.00 / 0 ratings / 0 reviews)

Bestsellers in MALAY GENERAL BOOKS

MPH - Wong Fei Hung: Legenda Kung Fu China ISBN - 9789675370960