• Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu)

    RM 70.00

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : bacaan-umun--lain-lain
    • ISBN Code: 9789675266508
    • Format : Paperback
    • By (Author): Wright, Tom; Hope, Bradley
    • Publisher: EVERBEST MEDIA
    • Published Date: 23 Nov 2018

     

    * This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

Tipu Helah Untuk Mencuri $5 Bilion
 
Pada tahun 2009, ketika krisis kewangan belum benar-benar pulih, seorang graduan Wharton yang lembut orangnya melakukan penipuan yang amat besar yang belum pernah dilakukan sebelum ini - yang kemudian melambangkan ancaman yang seterusnya kepada sistem kewangan global. Nama lelaki itu ialah Jho Low, orang yang mempunyai perwatakan yang luar biasa sehingga terasa ia dibuat-buat.
 
Jika pada zahirnya JhoLow kelihatan pemalu, tetapi sebenarnya dia lelaki mata duitan yang suka bercakap besar dan suka bergaul dengan orang kenamaan. Dia yang baru lulus kolej, berjaya memujuk Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak, untuk menubuhkan sebuah dana pelaburan yang dikenali 1MDB. Low yang mengarahkan 1MDB dari belakang tabir, berjaya mendapatkan $10 bilion dengan bantuan Goldman Sachs dan yang lain-lain. Sepanjang setengah dekad yang berikutnya, dia melesapkan berbilion-bilion dolar - yang digunakan untuk membiayai pilihan raya, untuk membeli harta tanah yang mewah, menerbitkan filem-filem Hollywood, antaranya The Wolf of Wall Street, dan mengadakan parti-parti yang berlimpah-ruah dengan champagne di setiap pelosok dunia.
 
Sifat dermawan Low membuat dia disenangi oleh semua orang, termasuk selebriti seperti Leonardo DiCaprio dan Jamie Foxx, model terkenal seperti Miranda Kerr. Dia juga menjadi penyumbang utama kepada Presiden Obama. Yang anehnya, tidak ada siapa yang sedar apa yang sedang berlaku - baik bank-bank global yang seolah-olah menutup mata terhadap transaksi wang yang berjumlah berjuta-juta dolar itu, mahupun pemantau-pemantau sistem kewangan yang rasmi.

 

 


Bestsellers in bacaan-umun--lain-lain

MPH - Billion Dollar Whale: Kisah Sebenar Jho Low Dan Skandal 1MDB (Edisi Bahasa Melayu) ISBN - 9789675266508