• Reinkarnasi

    • (Average rating 3.41 / 113 ratings / 15 reviews)

    RM 19.00

    Product Unavailable. For enquiry, please email to contact@mph.com.my

    • Category : BACAAN UMUM-LAIN LAIN
    • ISBN Code: 9789671342800
    • Format : Paperback
    • By (Author): Faiz Ibrahim
    • Publisher: The Booku
    • Published Date: 30 Sep 2015

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

"Warkah ini aku persembahkan buat mereka,
Yang sedang jatuh,
Yang tidak tahu mana ingin dituju.
Moga ia bantu,
dan buat kau nampak,
sayangnya Tuhan sentiasa ada."

 

 

Fakta Tentang Buku Reinkarnasi oleh Faiz Ibrahim

Idea asal untuk tulis buku ini adalah daripada mentor saya. Dia kata saya boleh menulis dan bagi orang rasa plus saya ada pengalaman hidup yang banyak orang boleh ambil iktibar, so buatlah buku.
 
Selepas siap buku, buku ini asalnya ingin diberi dalam bentuk E-Book dan secara percuma. Mentor saya marah. Cuba kalau kau tengok benda Free, orang hargai sangat-sangat tak? Saya terdiam dan akhirnya lahirlah buku fizikal untuk Reinkarnasi.
 
Kumpulan sasaran saya bagi buku ini adalah dari umur 18 tahun dan hingga 25 tahun. Kerana pada usia ini usually kita tak tahu nak pergi mana, siapa nak cakap dan luahkan. Moga buku ini boleh bantu sedikit. Sekurangnya ada pengajaran yang boleh dipelajari.
 
Buku ini saya keluarkan around ratusan unit sahaja. Siapa cepat, dia dapat. Buat masa ini saya tidak berniat untuk reprinting buat kali kedua.
 
Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian, satu puisi, satu lagi catatan peribadi.
 
Puisi saya more kepada ringkas dan berperasaan. Kalau korang jenis hati keras dan susah nak merasa, jangan beli buku ni. Saya pun tak nak anda beli.
 
Puisi ini diilhamkan dari sekeliling saya, dimana saya ambil situasi mereka dan convert kepada kata-kata. Contoh puisi saya ke 84, mengenai seorang wanita yang terjumpa EX lamanya dan dimatanya dia rindu kenangan yang dulu. Itu memang benar terjadi.
 
Catatan Peribadi is the most interesting part. Saya jenis susah berkongsi cerita pasal saya dan disinilah saya cerita sedikit supaya jadi pengajaran buat semua. Ada 4 jenis fokus penulisan iaitu Kehilangan, Cinta, Mama, Reinkarnasi. Saya akan ceritakan lagi nanti.
 
Kalau korang cari buku untuk suka-suka, buku ini bukan untuk anda. Dan saya pun taknak anda beli. Tapi jika mahukan satu buku yang insyallah boleh bantu sedikit buka pemikiran dan lihat kebesaran Allah, buku ini patut anda miliki.
 
Saya sanggup Refund duit jika anda dah beli dan tak dapat satu apa pun pengajaran dalam buku ini. Seperti yang saya cakap, ini bukan untuk wang, ini untuk mereka yang tak tahu nak pergi mana.
 
Dari zaman muda saya, saya selalu kata kenapa Allah duga aku. Allah tak sayang aku ke? And then saya sedar, sebab Allah sayanglah Allah duga. Allah mahu saya jadi insan yang lebih baik. Terima kasih Allah.

 



Goodreads Reviews

(Average rating 3.41 / 113 ratings / 15 reviews)

Bestsellers in BACAAN UMUM-LAIN LAIN

MPH - Reinkarnasi ISBN - 9789671342800