Buku ini ditulis khusus berdasarkan sukatan mata pelajaran Bahasa Melayu STPM terbaharu. Buku ini terbahagi kepada tiga bahagian, iaitu Bahagian A (Sejarah dan Perkembangan Bahasa Melayu & Bidang Fonologi), Bahagian B (Pembacaan Kritis dan Analitis), dan Bahagian C (Penulisan Esei Tidak Berformat). Buku ini dimulai dengan nota ringkas dan padat, dan diikuti oleh soalan-soalan latihan. Jawapan cadangan dimuatkan pada akhir buku untuk tujuan rujukan dan semakan pelajar.