• Set Trilogi The Hunger Games (Edisi Bahasa Melayu - The Hunger Games, Catching Fire & Mockingjay)

    RM 39.90

    Available for shipping in 2-5 working days

    • Category : FANTASY STORIES
    • ISBN Code: 9555717700633
    • Format : Paperback
    • By (Author): Collins, Suzanne
    • Publisher: Scholastic Malaysia
    • Published Date: 01 Apr 2015

     

    * Discount valid for Online Purchase(s) only. Not applicable for purchases at MPH outlets.
    Price may change from time to time as advised by the publishers

The Hunger Games

Di celah-celah runtuhan tempat yang pernah dikenali sebagai Amerika Utara, terletak sebuah negara bernama Panem, Capitol yang megah dikelilingi dua belas daerah terpencil. Capitol yang kejam dan zalim, mengawal daerah-daerah dengan memaksa mereka menghantar seorang budak lelaki dan seorang budak perempuan yang berumur antara dua belas dan lapan belas tahun untuk untuk menyertai permainan Capitol yang diadakan secara tahunan, perlawanan sampai mati yang ditayangkan secara langsung di TV.

Katniss Everdeen yang berumur enam belas tahun tinggal bersama ibu dan adik perempuannya. Dia menganggap permainan ini sebagai hukuman mati apabila menawarkan diri untuk mengambil tempat adiknya. Namun sebelum ini, Katniss pernah berhadapan dengan kematian - dan semangat untuk hidup itu telah sebati dalam dirinya. Tanpa perancangan, dia menjadi salah seorang petanding. Namun jika dia ingin menang, dia perlu membuat pilihan yang sukar ...

Catching Fire

Melepasi semua halangan, Katniss telah memenangi permainan Capitol. Dia dan rakan ufti Daerah 12, Peeta Mellark berjaya untuk kekal hidup. Katniss sepatutnya berasa lega, malah gembira. Dia telah kembali kepada keluarga dan rakannya, Gale. Namun semuanya tidak seperti yang Katniss kehendaki. Gale menjauhkan diri daripadanya. Peeta tidak mempedulikannya. Dan terdapat khabar tentang pemberontakan melawan Capitol - pemberontakan yang mungkin Katniss dan Peeta telah hasilkan.

Malah, Katniss terkejut yang dia telah mencetuskan pergolakan yang dia tidak boleh hentikan. Dan apa yang menakutkannya ialah dia tidak begitu yakin yang dia patut cuba. Masa semakin menghampiri untuk Lawatan Kemenangan Capitol dan taruhannya tinggi. Jika mereka tidak boleh buktikan tanpa ragu-ragu, yang mereka sangat saling mencintai, akibatnya akan menjadi buruk.

Mockingjay

Katniss Everdeen, gadis berjiwa kental, terselamat, walaupun rumahnya telah dimusnahkan. Gale berjaya melepaskan diri. Ibu dan adiknya juga selamat. Peeta telah ditangkap oleh Capitol. Daerah 13 benar-benar wujud. Ada pemberontak. Ada ketua-ketua baru. Revolusi sudah bermula.

Usaha menyelamatkan Katniss dari arena sewaktu Quarter Quell yang kejam dan menakutkan itu sememangnya dirancang, sepertimana Katniss telah lama merupakan sebahagian daripada revolusi tanpa pengetahuannya. Daerah 13 telah muncul dari persembunyiannya dan sedang mengatur rancangan untuk menggulingkan Capitol. Nampaknya semua orang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam rancangan ini kecuali Katniss.

Kejayaan pemberontakan bergantung pada kerelaan Katniss membiarkan dirinya dipergunakan, untuk memikul tanggungjawab terhadap ribuan nyawa, dan untuk menukar masa depan Panem. Demi matlamat ini, dia mesti

 



Bestsellers in FANTASY STORIES

MPH - Set Trilogi The Hunger Games (Edisi Bahasa Melayu - The Hunger Games, Catching Fire & Mockingjay) ISBN - 9555717700633