Strong Mothers Strong Sons

ISBN: 9789674814533
Checking local availability
RM37.00
Product Details

Publisher,PTS Publications
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Para pemuda pada hari ini banyak mengalami keadaan yang disebut sebagai ‘krisis budak lelaki’. Seperti yang ditulis oleh ahli psikologi dan penulis, Dr. James Dobson dalam buku beliau bertajuk Bringing Up Boys, “Anak lelaki, jika dibandingkan dengan anak perempuan adalah enam kali lebih cenderung mempunyai masalah pembelajaran, tiga kali ganda lebih besar kemungkinan menjadi penagih dadah, dan empat kali lebih kebarangkalian mengalami gangguan emosi…. “

Jika kita melihat pada dinamik unik hubungan indah ini, kita dapat melihat para ibu sebenarnya mempunyai tekanan mereka sendiri, yang berbeza daripada pengalaman anak lelaki mereka. Penting untuk kita memahami kedua-duanya, iaitu tekanan yang unik kepada kanak-kanak lelaki dan tekanan yang unik kepada si ibu. Kadangkala, kedua-duanya akan bersilang dan kadang-kadang tidak. Penulis akan kongsikan setiap set ini secara terperinci. Penulis akan kongsikan semua isu yang dihadapi oleh kaum ibu. Ini kerana penyelidikan menunjukkan, cara terbaik bagi membantu seorang lelaki adalah dengan membantu insan yang mempunyai pengaruh paling besar terhadap diri mereka. Bagi berjuta-juta lelaki di dunia ini, insan itu adalah ibu mereka.

Customer Reviews

Based on 1 review
100%
(1)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Sofi Zul
Recommended

Ada tak di antara rakan-rakan saya di sini yang mempunyai anak lelaki? Jika ya jawapan anda, sila baca ulasan ringkas ini. Jika tidak mempunyai anak lelaki, tidak mengapa kerana buku ini juga boleh dipraktikkan oleh para isteri untuk memahami sang suami .

Jika ada yang belum tahu, cinta pertama anak lelaki adalah ibunya, maka bagi setiap ibu sepatutnya mereka tidak perlu merasa gelisah dan cemburu apabila anak mereka telah menemui wanita yang mereka cintai. Hakikatnya, cinta seorang anak dan ibu tidak akan dapat dipisahkan.

Ada beberapa bab yang menarik perhatian saya adalah mengenai emosi seorang anak lelaki. Jika kita mempunyai anak perempuan, sudah tentu kita akan dapat memahami apa yang perempuan inginkan tetapi sebaliknya bagi lelaki kerana fitrah lelaki tidak sama dgn perempuan. Walaupun kita melihat anak lelaki seperti tidak memerlukan lagi seorang ibu ketika mereka meniti usia akil baligh, sejujurnya jauh di dalam diri mereka, mereka sgt memerlukan seorang ibu sebagai pembimbing tetapi ego mula menguasai diri. Kita seharusnya bijak dalam memainkan peranan supaya anak lelaki tidak merasakan mereka seolah-olah 100% bergantung dengan mereka. Mereka juga lebih suka meluahkan segala isi hati kepada ibunya berbanding bapa kerana ibu memiliki sifat penyayang dan memahami malah dengan ibu jugalah mereka banyak menghabiskan masa dari kecil lagi berbanding dengan bapa.

Seterusnya, anak lelaki jika diikutkan kajian mereka lebih susah untuk meminta maaf setelah membuat kesalahan begitu juga dengan lelaki dewasa. Sebagai seorang ibu, ajar anak tentang sifat kemaafan kerana mereka perlu sedar bahawa memberi maaf pada seseorang bukan bermaksud kita sedang kalah bahkan memohon maaf juga akan membuatkan jiwa kita lembut dan tenang.

👫Secara amnya, kebanyakan lelaki dewasa mendambakan wanita/isteri yg sama seperti ibu mereka jika sewaktu kecil mereka telah diberi sepenuh kasih sayang daripada ibu. Dan kebanyakan wanita juga sedang menjadi ibu kepada suami. Inilah hakikatnya secara semulajadi. Wanita adalah pengasuh. Apabila dtg seorang lelaki dalam hidup, kita akan menjadi pengasuh mereka untuk mendengar segala keluhan dan membuatkan hidup mereka lebih bermakna.

Di dalam buku ini juga, ada mengutamakan tentang penekanan mengajar anak mengenai sebuah harapan selepas habis daya berusaha. Perlu diingat juga, ada kejayaan tidak semestinya ditemui pada setiap pengakhiran dan kegagalan bukanlah kehancuran hidup. Kita harus terus menerus menyokong mereka dan memberikan pelbagai nasihat berguna samada ianya baik atau tidak buat mereka dari pelbagai sudut.