Keluarga yang Setia Menyayangi dalam Al-Quran

ISBN: 9789672459217
Checking local availability
RM35.00
Product Details

Publisher,Iman Publication
Publication Date,
Format, Paperback
Weight, 420 g
No. of Pages,

Keluarga yang bahagia bukanlah keluarga yang tiada masalah. Bahagia bukanlah bererti tiada anak yang tidak mendengar kata. Ia hadir apabila ibu bapa tidak putus asa dan terus mendidik, seperti Nabi Nuh AS dengan anaknya.

Bahagia bukanlah bermakna tiada konflik antara suami dengan isteri. Ia datang ketika pasangan itu berusaha bersama-sama mengatasi masalah dengan penuh sabar, umpama Nabi Muhammad SAW dengan para isterinya. Melalui buku ini, Ustaz Syaari membawakan asam garam berkeluarga yang dilalui sendiri oleh watak-watak dalam al-Quran.

Hakikatnya, tiada sebuah keluarga yang sempurna di dunia ini. Mengharap sempurna itu memeritkan. Kerana itu, kita harus memilih untuk terus menyayangi, walau apa jua cabaran yang melanda keluarga kita.

Customer Reviews

Based on 2 reviews
100%
(2)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
0%
(0)
S
Saiful H
SANGAT DISARANKAN UNTUK BACAAN KELUARGA

sebuah naskah yang bagi saya patut dimiliki dalam setiap keluarga yang ingin mencari keberkatan dalam kehidupan di dunia ini seterusnya hingga ke akhirat. keluarga yang bahagian ialah apabila semua ahli dalam keluarga itu mengikut panduan yang disarankan di dalam Al-Quran serta hadis Rasulullah S.A.W. pembacaan yang sangat menarik.

J
JamalisReading
Panduan kekeluargaan terbaik

Kerjasama Iman Shoppe dan MPH Online dalam memasarkan buku buku agama kontemporari memang terbaik. Buku ini patut dibeli oleh setiap ibu bapa sebagai panduan buat keluarga mereka. Dalam buku ni, banyak sirah sirah nabi diceritakan berkaitan hubungan kekeluargaan; kisah nabi Ibrahim yg diidolakan anak2 baginda, didikan nabi Adam terhadap anak anaknya, bagaimana nabi yaakub berdepan dengan kemungkaran anak anaknya, kisah lukman hakim dan kisah keluarga imran dan macam macam lagi. Highly recommended!