Security Alert!

MAKLUMAT AM

1. Apakah fungsi MPHONLINE.COM?
MPHONLINE.COM berfungsi sebagai sebuah kedai buku online di mana anda boleh melayari, mencari, serta membuat pembelian secara online tanpa perlu perg ke kedai buku.

2. Apakah versi pelayar internet yang terbaik?
Bagi melayari MPHONLINE.COM anda adalah disyorkan mengguna versi pelayar "Internet Explorer 6.0" dan keatas.

3. Apakah perbezaan diantara MPH Bookstores dan MPHONLINE.COM?
Perbezaannya ialah MPH Bookstores merupakan cawangan kedai buku fizikal, di mana pelanggan membuat pembelian di kaunter pembayaran. MPHONLINE.COM pula adalah sebuah kedai di laman sesawang, di mana pelanggan membuat pembelian secara online.

PRODUK DAN PERKHIDMATAN
1. Bagaimanakah cara mencari buku?
Taipkan judul buku atau nama penulis atau kata kunci utama dan kemudian tekan butang 'carian'.

2. Adakah harga buku yang dipaparkan di laman sesawang berbeza dengan kedai-kedai buku fizikal?
Tiada perbezaan harga diantara kedua-duanya.

3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya menerima buku yang rosak?
Dasar polisi kami membenarkan pemulangan wang kepada pembeli bagi buku yang rosak. Walaubagaimanapun, dasar polisi kami memerlukan buku yang rosak dikembalikan dalam tempoh masa 7 hari dari tarikh penerimaan buku dan hendaklah di alamatkan ke alamat berikut:

Untuk perhatian: MPHONLINE.COM
MPH BOOKSTORES SDN BHD
Lot 1, 3rd Floor, Bangunan TH
No 5 Jalan Bersatu, Section 13/4
46200 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan

No. Tel: (603)-7954 8353

 

4. Jika saya tidak dapat mencari tajuk di MPHONLINE.COM, bolehkah saya membuat pesanan khas?
Maaf, buat masa ini MPHONLINE.COM tidak membuat sebarang pesanan khas. Walaubagaimanapun, anda boleh menghubungi khidmat pelanggan kami di talian (603)-2938 3818 atau e-melkan ke customerservice@mph.com.my untuk maklumat lanjut.

PESANAN

1. Bagaimanakah cara untuk saya membuat pesanan?
Langkah 1: Pilih buku pilihan anda
Langkah 2: Klik pada ikon "add to cart"
Langkah 3: Masukkan ID pengguna dan kata laluan anda. Jika anda seorang pelanggan baru, isikan butiran maklumat dengan klik "Sign Up".
Langkah 4: Semak butiran maklumat pesanan anda.
Langkah 5: Masukkan butiran alamat penghantaran anda.
Langkah 6: Kami mempunyai tiga kaedah pembayaran iaitu kad kredit (pilih kad kredit sama ada Master atau Visa, kemudian masukkan nombor kad kredit, dan tarikh luput kad kredit anda), perbankan internet di Maybank2U atau CIMB cliks, wang tunai/ cek bank (bagi pembayaran menggunakan wang tunai/ bank cek sila klik sini). Untuk ahli MRC/ MIM sila isikan nombor keahlian anda dikolum yang disediakan.

2. Bagaimanakah saya tahu pesanan saya telah berjaya?
E-mel akan dihantar kepada anda untuk pengesahan pesanan. Anda juga diberikan butiran nombor transaksi bagi rujukan status pesanan anda.

3. Bolehkah saya membatalkan pesanan setelah disahkan pembelian?
Tidak boleh. Walau bagaimana pun, pengecualian diberikan di dalam kes-kes tertentu.

4. Bagaimana saya hendak menyemak status pesanan?
Bagi tujuan demikian, anda boleh terus klik "MY ACCOUNT" dimana akaun anda akan dikemas kini apabila pesanan anda dihantar. Cara pendekatan lain, anda boleh terus e-mel kami di contact@mph.com.my. Anda hanya perlu berikan butiran nombor transaksi dan kami akan memeriksa status pesanan anda.

5. Bolehkah saya membuat pesanan melalui telefon?
Semua pesanan hendaklah melalui laman sesawang MPHONLINE.COM. Kami tidak menerima sebarang pesanan melalui telefon.


PEMBAYARAN

1. Bagaimana cara untuk saya membuat pembayaran?
Anda boleh membuat pembayaran melalui kad kredit (Kad Visa atau Master sahaja), perbankan internet seperti Maybank2u atau memasukkan sejumlah bayaran mengikut pesanan ke akaun Maybank kami.

2. Adakah selamat membuat pembayaran menggunakan kad kredit?
Ianya di jamin selamat. Di MPHONLINE.COM, tahap keselamatan transaksi pembayaran adalah tinggi kerana di lengkapi dengan sistem '128-bits Secured Socket Layer (SSL). Sistem ini dapat melindungi privasi maklumat peribadi serta butiran-butiran kad kredit anda.

3. Bilakah pembayaran melalui kad kredit dikenakan?
Pembayaran melalui kad kredit dikenakan sebaik sahaja pesanan anda disahkan.


4. Pembayaran melalui perbankan internet di https://www.Maybank2U.com
Alternatif lain untuk membayar pembelian anda adalah melalui Maybank2U, anda mesti mengingat ID pengguna dan kata laluan anda. Sistem kami akan mengarahkan anda ke tetingkap Maybank2U.com, anda hanya perlu memasukkan ID pengguna dan kata laluan anda dan seterusnya sistem akan mendebitkan jumlah pembelian dari akaun anda.


PENGHANTARAN

1. Bilakah saya akan mendapat buku-buku yang dipesan?
Jika buku yang dipesan boleh didapati di kedai secara fizikal, ia akan dihantar kepada anda dalam tempoh 14 hari waktu bekerja. Sekiranya buku anda tidak boleh diperolehi di kedai secara fizikal, masa penghantaran akan dibuat dalam tempoh 49 hari waktu bekerja. Walau bagaimanapun, bagi pelanggan yang memilih cara pembayaran wang tunai/ 'bank in' cek, pihak kami hanya proses pesanan setelah menerima pembayaran dari akaun bank anda ('bank clearance').

2. Bagaimana buku-buku ini dihantar?
Buku-buku ini akan dihantar ke rumah anda melalui perkhidmatan kurier.

3. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya tidak menerima buku-buku mengikut tempoh masa penghantaran yang ditetapkan?
Jika perkara ini berlaku, sila e-mel kepada kami di contact@mph.com.my

4. Apakah yang akan berlaku sekiranya saya memilih penghantaran berasingan?
Sila ambil perhatian bahawa caj penghantaran berdasarkan setiap transaksi. Jika anda memilih untuk penghantaran berasingan bagi setiap satu pesanan, caj penghantaran akan dikenakan dengan kadar yang sepatutnya. Sila klik sini untuk melihat kadar penghantaran kami.

AKAUN SAYA

1. Apakah yang perlu dilakukan sekiranya saya terlupa kata laluan?
Hanya klik pada "forget your password", pada pautan berikutnya masukkan ID pengguna anda. Seterusnya anda akan diminta untuk menjawab beberapa soalan. Setelah jawapan disahkan, kata laluan anda akan dipaparkan.

2. Bagaimana cara untuk menukar maklumat akaun saya?
Mula-mula klik pada "Account", pautan berikutnya klik pada "Account Profile". Ini akan membolehkan anda untuk menukar atau mengemaskinikan butiran anda seperti alamat e-mel, kata laluan, alamat bil, pilihan pembayaran, dan pilihan penghantaran. Sebaik sahaja anda telah selesai menukar atau mengemaskini, klik butang "Submit".

SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option