| :::
Laman Utama :: Doktor Umum - Memoir Tun Doktor
Mahathir Mohamad ::
|
 |
|
*Terma & Syarat
1. Tawaran ini sah selagi stok masih ada.
2. Tidak boleh ditukar ganti atau dipulangkan kembali.
|
|
Doktor Umum - Memoir Tun Doktor Mahathir Mohamad
|

|
RM59.90 |
 |
|
Maklumat Produk
|
ISBN-13 |
: |
9789674150259 |
|
Tarikh Terbitan |
: |
30-APR-2012 |
|
Penerbit |
: |
MPH Group Publishing
|
|
Sinopsis
Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan.
Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi.
Biodata Penulis
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia.
Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.
|
|
|
|
|
|
|