Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Formula Solat Sempurna (Sempurnakan Solatmu seperti Rasulullah)(Panduan Berilustrasi di Dalam!)
Ustaz Zaharuddin
rates 5.00 out of 5 (Very Good)
(1)  Tulis ulasan
Harga : RM 28.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Formula Solat Sempurna ini menjelaskan kepada pembaca dengan pendekatan mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari.

Pilihan Staf:
Menariknya buku ini , pengarang telah merumuskan cara solat sempurna seperti yang telah dilakukan oleh Rasulullah SAW yang dengan merujuk sumber tradisional dan kontemporari. Pengarang juga menyisipkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegagalan dalam memperoleh khusyuk dalam solat.Kesan kerosakan akidah dan kepercayaan (bomoh dan ramalan,terlibat dalam gejala sihir,tangkal azimat,kepercayaan zodiak etc) dan pengambilan makanan,minuman dan pakaian daripada harta haram memberi kesan kepada munajat dan doa seseorang.Di dalam buku ini juga pengarang menekankan dosa besar yang melibatkan harta haram termasuklah dosa riba dan dosa rasuah/sogokan  yang mana selalu dipandang remeh oleh masyarakat. 




Mengenai Produk:
ID produk : 9789833494989
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Telaga Biru
Tarikh terbitan : 01-MAY-2008



Komen Pembaca:

review

Nama: Muhammad Ikhbal
Rating: 5 out of 5
komen:

Buku ini membincangkan mengenai kaedah / kaifiyyah solat secara yang paling afdhal mengikut nas yang sahih. Pandangan Imam-imam empat Mazhab bagi sesuatu perkara furu' dalam solat seperti kedudukan tangan semasa hendak turun bersujud juga dibincangkan dengan padat tetapi ringkas. Yang penting ia ditulis dengan mudah, jelas dan praktikal untuk semua khususnya orang awam insya Allah. Selain itu, dalil yang disertakan dalam buku ini juga disertakan dalam teks Bahasa Arab serta terjemahannya. Dengan itu, para pembaca mampu mendapat pahala maksimum insya Allah kerana telah membaca, tahu dan faham dalil bagi setiap perbuatan dalam solat dengan sempurna. Buku ini juga membicarakan mengenai amalan sahih selepas solat serta perbincangan mengenai kaedah meraih khusyuk dalam solat. Harganya sangat berpatutan dan seharusnya setiap individu Muslim dan Muslimat memilikinya memandangkan solat itu tiang agama! Juga sangat sesuai untuk dijadikan hadiah perkahwinan. Akhir kata, tidak salah (bahkan lebih baik jika) kita sentiasa memperbaharui, menyemak dan memperkemaskan ilmu mengenai solat yang mungkin kita telah pelajari lama dahulu di bangku sekolah.





Koleksi Penulis:
  1. Formula Solat Sempurna (Sempurnakan Solatmu seperti Rasulullah)(Panduan Berilustrasi di Dalam!)

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Rujukan Agama
Kategori (sub) : Fardhu Ain
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option