Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Ulu Yam di Liverpool #2
Nazali Noor
rates 4.25 out of 5 (Good)
(4)  Tulis ulasan
Harga : RM 35.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Pernah lihat bagaimana seekor hamster berlari dalam gegelung sangkar besi tetapi masih berada di titik yang sama? Cuba kita renungi perjalanan hidup kita dengan denai hamster yang berlari itu. Apakah kita masih terbelenggu di posisi yang sama, tidak kira berapa kuat pun kita berusaha? 

KITA MASIH DI TEMPAT YANG SAMA! Ironinya, kita rela terbelenggu dengan paradigma ini walau jauh di sudut hati, kita merintih pilu mengenang untung nasib diri yang masih di takuk lama. Kita tahu dan sedar;

“... ALLAH tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang dikurniakan-NYA kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.” (Al-Anfal:53)

Di sinilah titik mula kita perlu berhijrah. Merubah paradigma menjadi insan yang lebih hebat daripada semalam dan keluar daripada kepompong kehidupan yang biasa. Percayalah, hijrah itu indah walau tidak mudah! Segala cabaran, lelah, kepayahan, jerih-perih dalam meniti ‘marathon' hijrah akan pasti dibalas oleh-NYA dengan keindahan seceria warna pelangi.

Hijrahlah… kerana setiap daripada kita berhak untuk menikmati kehidupan yang lebih baik daripada semalam.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789831249758
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Alaf 21



Komen Pembaca:

review

Nama: Mohd Sufian Ahmad
Rating: 5 out of 5
komen:

saya telah memilik kedua-dua buku UYDL (kedua-duanya edisi terhad ekslusif oleh penulis). UYDL1 & 2 oleh Abg Naz, adalah buku motivasi santai yang saya rasa sesuai utk semua lapisan masyarakat yang masih tercari-cari apa yang diperlukan dalam kehidupan masing-masing. Penulis telah membuktikan yang tiada perkara yang mustahil untuk dilakukan jika kita percaya pada diri sendiri dan sentiasa tawakkal dan menyerahkan diri kepada yang ESA. Menjaga hubungan sesama manusia dan penulis sentiasa menyatakan bahawa betapa indahnya nikmat dalam memberi ini. walaupun saya belum habis membaca UYDL2 (baru je smp ke bab 7, tapi dah pun baca sedikit bab Bonus Ain)saya percaya buku kedua ini tidak akan mengecewakan dan saya akan tunggu buku beliau yang seterusnya (UYDL 3& UYDL 4, dan sudah semestinya edisi terhad). Terima kasih atas segala perkongsian penulis dan saya percaya telah memberikan sinar baru kepada kebanyakkan "budak kampung" yang membacanya.


Nama: Sh. Fatimatul Zahrah Syed Yusof
Rating: 4 out of 5
komen:

Akhirnya penantian mendapatkan naskah kulit keras UYDL2 berbaloi. Siap tempah awal supaya tidak terlepas edisi bertandatangan. UYDL1 dulu juga naskah terhad (berkulit keras). UYDL2 --- membawa kepada dimensi baru penghijrahan Bang Naz dan Kak Ain serta keluarga mereka. Banyak pengisian yang dipaparkan lebih bersifat kemanusiaan, yang membuatkan pembaca beliau berfikir bahawa sifat percaya kepada rakan-rakan, sahabat handai acapkali perlu berpada-pada kerana kita mungkin gagal menilai baik budi orang walaupun kita sentiasa mahu husnuszon. Berhati-hati ketika berurusan demi mengelakkan kesakitan di kemudian hari. Pengajaran yang sangat baik. [Instagram Aku] Di samping itu, Bang Naz tidak gagal untuk membuatkan mata pembacanya berhabuk (alasan sebab nak tutup hakikat hampir menangis) - apabila isi penceritaan pengalaman melibatkan keluarga. Aku sendiri manusia yang sangat rapuh bila berbicara tentang keluarga, tentang Mak Abah aku dan apabila Bang Naz mengangkat cerita Allahyarham bapa dan bonda beliau, aku cepat sangat kalah dengan pengalaman sebegitu. Buatkan aku lebih menghargai Mak Abah yang berada jauh dan sanggup melepaskan aku pergi mencuba nasib (memulakan kehidupan baru) sebagai isteri di samping suami. Yang paling penting, naskah aku ada bab bonus tentang Kak AIN. Hoyeah! Bagi pembeli naskah umum, tidak terdapat bahagian ini ya? :D Penceritaan tentang Kak Ain membuatkan aku bersemangat untuk menjadi seorang isteri dan ibu yang baik seperti beliau. Melihatkan raut wajah beliau, membuatkan aku teringatkan bonda di kampung. Badan sebegitu kecil, bekerja sepenuh masa, tetapi mampu membesarkan kami adik beradik seramai 6 orang. Dalam masa yang sama, Kak Ain membesarkan anak-anaknya seramai 5 orang, di perantauan dengan menempuh pelbagai dugaan serta tabah. Dengan cerita beliau melahirkan anak dengan kesemuanya pembedahan - Ya Allah, hebatnya pada pendapat aku. Apa pun, dalam macam-macam cerita dalam edisi kali ini, aku memang tabik hormat pada orang yang mampu berhijrah dan dalam masa yang sama, mampu memberikan banyak kebajikan kepada masyarakat. Terima kasih Bang Naz. Atas naskah yang memberikan semangat kepada pembaca.


Nama: Abdul Muiez bin Mohammad Ruslee
Rating: 5 out of 5
komen:

Perkenalan saya dengan UYDL berlaku secara tidak sengaja. Sewaktu itu saya sekadar window shopping di Alamanda Putrajaya, kaki saya tiba-tiba melangkah ke kedai MyNews. Semuanya secara tidak sengaja. Langsung saya terlihat sebuah buku di rak yang bertajuk Ulu Yam Di Liverpool. Tatkala mata terpandang baris ayat pertama, jeritan perasaan melarang saya untuk berhenti. Semakin mahu ditinggalkan buku ini semakin kuat tangan menyelak helaian demi helaian. Jujur saya katakan. Saya seorang yang rigid dalam memilih buku. Saya hanya meneruskan pembacaan jika buku benar-benar bagus sahaja. Jika tidak, buku-buku itu hanya dibaca separuh jalan dan dijadikan hiasan di rak perpustakaan mini. Itulah tabiat yang tidak dapat saya tinggalkan. Ternyata buku UYDL ini benar-benar membuatkan saya terpaku. Saya percaya, penulisan yang baik ialah penulisan yang lahir dari hati. Setiap bait perkataan mampu memberi makna yang mendalam dan setiap baris kata mampu menyentap tangkai emosi pembaca. Itu yang saya temui di dalam UYDL. Biarpun tidak disulami dengan ayat bombastik, tetapi maksud yang ingin diceritakan itu sampai ke dalam hati langsung menusuk emosi. Mungkin dengan garapan yang bersahaja serta cerita biasa yang disajikan dengan hidangan luar biasa membuatkan UYDL dekat dengan pembaca. Hampir tiada satu bab pun yang tidak mampu menyetap emosi. Membaca UYDL membuatkan air mata sentiasa bergenangan. Pembaca lebih faham kepada cerita yang menyentuh berkaitan isu ibu bapa, isteri dan anak-anak. Ya semua individu ini dekat dengan pembaca. Semua pembaca mempunyai ibu bapa. Jika tidak bagaimana pembaca boleh lahir ke dunia. Sebab itulah UYDL dapat diterima oleh segenap lapisan umur serta masyarakat. Siapa tidak tersentuh hati apabila bercerita tentang impian yang diragut oleh ibu sendiri. Air mata siapa yang tidak menitis apabila terpaksa mengangkat kaki di saat ibu yang tidak tentu entah bila hidup dan matinya. Ternyata dengan garapan yang penuh melankolik semua perasaan bersatu menjadi rasa yang sama. UYDL membuka perspektif yang baru dalam cara saya menghargai isteri. Jelas, UYDL membuatkan saya berfikir semula tentang kehadiran insan bernama isteri di sisi saya. Bukanlah saya tidak pernah menghargai isteri sebelum ini. Tetapi nota-nota yang dibentang di dalam UYDL membuka mata saya untuk memandang ketabahan isteri dari sisi yang lain. UYDL mengajar saya menghargai kasih seorang isteri. Di UYDL pembaca dibawa menelusuri denai kekeluargaan yang melingkari kehidupan Onn. Ternyata hubungan persaudaraan yang kukuh membuatkan institusi itu terus utuh sehingga kini. Oh ya, jangan lupa dapatkan juga antologi cerpen terbitan PTS yang mana karya saya turut termuat di dalamnya. Sorga di http://bit.ly/ptssorga Janin di http://bit.ly/ptsjanin Tiada di http://bit.ly/ptstiada


Nama: nurul syfa' tokiran
Rating: 3 out of 5
komen:

That's great and motivated book to me as a reader. Both book really inspired me and I hope the writer never stop writing because all experience by writer will learned by other reader in various aspect.





Koleksi Penulis:
  1. Anak-Anak Abah: Mama Hot! Papa Cool!
  2. Ulu Yam di Liverpool
  3. Ulu Yam di Liverpool #2

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Membina Diri
Kategori (sub) : Motivasi
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option