Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Pelangi untuk Ara
Azura Rasidin
rates 4.00 out of 5 (Good)
(1)  Tulis ulasan
Harga : RM 28.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

“Apa yang kau tunggu lagi? Cepatlah masuk kereta,” arah Eiyad dengan nada yang keras.

“Err, tak apa. Aku call Uber,” balas Ara tanpa memandang Eiyad. Tumpuannya masih terarah pada skrin telefon. Sedang membuat tempahan. Eiyad terus berjalan ke arah Ara. iPhone gadis itu dirampas. Applikasi Uber ditutup.

“Mama suruh aku hantar kau,” kata Eiyad tanpa nada.

“Tapi aku tak nak kau hantar aku. Aku boleh pergi sendiri. Kau tak perlu nak ikut cakap mama 24 jam lah Yad...” Eiyad menajamkan pandangannya ke arah Ara. Gadis itu tidak mempamerkan sebarang riak. Wajahnya tampak kosong.

“Masuk dalam kereta kalau kau nak phone kau balik,” ucap Eiyad sebelum berjalan ke arah keretanya. Ara mengetap bibirnya. Perlahan. Lambat-lambat, gadis itu mengatur langkah ke kereta Eiyad. Nak tak nak, dia terpaksa dengar cakap Eiyad. Well, Eiyad kan? Semua benda kena dengar cakap dia. Sikap control freak lelaki itu tidak mungkin hilang daripada dirinya. Ara memilih untuk mengalah. Malas nak bertekak.

“Buat apa hantar aku kalau tak ikhlas?” Dalam tak nak bertekak tu, sempat pula Ara keluarkan kenyataan yang berbunyi sinikal. Pintu kereta ditutup. Sedikit kuat tanpa gadis itu sedar.

“Pintu kereta aku tak bersalah,” kata Eiyad sebelum mencampakkan iPhone ke paha Ara. Sebuah jelingan dilemparkan pada Eiyad. Pintu kereta kau yang kau risaukan? Macamlah kuat sangat aku tutup tadi, gumam gadis itu dalam hati. Tiba-tiba Eiyad mendekatkan tubuhnya dengan Ara. Ara terpempan. Tubuhnya terus disandar rapat ke kerusi. Matanya membulat memandang wajah Eiyad yang hanya beberapa inci di depannya. Buat seketika, Ara terlupa untuk bernafas. Terkejut dengan tindakan tak dijangka Eiyad. Pap! Bunyi tali pinggang keledar dipasang. Dalam posisi yang sama, Eiyad mengerling ke arah Ara.

“I'm not doing this for you. I'm doing this for mama,” tutur Eiyad. Perlahan.

“Call it tak ikhlas kalau itu yang kau fikir,” kata Eiyad seraya menjauhkan tubuhnya dari Ara.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789674690670
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni
Tarikh terbitan : 20-NOV-2017



Komen Pembaca:

review

Nama: Noraini Binti Meor Hashim
Rating: 4 out of 5
komen:

Must have as a collection. Recommended.






Koleksi Penulis:
  1. Pelangi untuk Ara

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option