Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Mr. Grey
Syamnuriezmil
rates 5.00 out of 5 (Very Good)
(1)  Tulis ulasan
Harga : RM 34.00*
Penghantaran tempatan: Tiada Cetakan Semula

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

“Malique Gregory Kamal bin Grey Muslim...”
“Saya...”
“Aku nikahkan dikau dengan anak saudara aku, Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya sebanyak RM1000 ringgit tunai...”
“Aku terima nikahnya Nisa Ardina binti Nizar dengan mas kahwinnya RM1000 tunai.”
 
Keputusan mereka untuk berkahwin memecahkan dua hati. Hati Datin Musalma, mummy Mr. Grey yang menuduh Nisa menggoda anaknya demi harta dan hati Ilham Arsyad yang mencintai Nisa sejak daripada kecil lagi. Tetapi, kedua-dua hati telah membuat keputusan yang berbeza. Datin Musalma memilih untuk terus membenci. Ilham Arsyad memilih untuk terus menyayangi.
 
“Tak susah kan kalau saling mencintai? Tak ada risiko.” - NISA
“Hesy, siapa cakap tak ada risiko? Semua perkara ada risiko.
 
Risiko mencintai ialah hati kita akan sakit kalau orang tu tak mencintai balik. Risiko dicintai ialah kita akan menyakiti hati orang tu kalau kita tak cintai dia balik. Risiko saling mencintai pula, kita akan saling kehilangan.” – MR. GREY
 
Ilham terus menyayangi Nisa walaupun gadis itu telah menjadi milik orang lain. Terus menjaga dari jauh dan sentiasa tahu kemahuan gadis itu. Dia menyayangi dengan caranya yang tersendiri hingga timbul persoalan dalam diri Nisa kenapa dia tidak memilih Ilham.
 
Saat diulit bahagia...
Mr. Grey membuat pilihan untuk menghilangkan diri. Dia memutuskan untuk kembali kepada Datin Musalma.
 
“Abang nak minta maaf. It's not you, it's me.” – MR. GREY
 
Apakah pilihan Nisa? Membuat keputusan untuk terus setia kepada Mr. Grey yang tegar meninggalkannya? Atau membuat keputusan untuk memilih Ilham Arsyad?
 
“Nisa maafkan abang tak sebab mencintai Nisa dan tak boleh lupakan Nisa?” - ILHAM
“Buat apalah nak maafkan abang. Bak kata abang, Nisa tak ada hak untuk halang abang sukakan Nisa.” – NISA




Mengenai Produk:
ID produk : 9789674690502
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni
Tarikh terbitan : 25-MAY-2017



Komen Pembaca:

review

Nama: Zaira Abd Razak
Rating: 5 out of 5
komen:

Tak pernah mengecewakan!! Bravo!! Jalan cerita yang menarik dan laju! Tidak meleret-leret. Ending yang sangat menarik dan bawa pembaca jadi macam sherlock holmes pulak. Tahniah, tahniah & tahniah!






Koleksi Penulis:
  1. Today I Married My Best Friend
  2. Mr. Grey
  3. Cerita Cinta Kita
  4. Magisnya Cinta
  5. Tuan Anas Mikael (Novel Diadaptasi ke Drama)
  6. Cik Serba Tahu
  7. Perempuan Paling Bahagia
  8. Manuskrip Cinta
  9. Terlanjur Mencintaimu (Novel Diadaptasi ke Drama)
  10. Pabila Cinta Memanggilku
  11. Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Filem)
  12. Rindu Kamu Mr.Darcy
  13. Suami Tanpa Cinta (Novel Diadaptasi ke Drama)
  14. Isteri untuk Disewa
  15. PA untuk Dia

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option