Sinopsis:
Mata merupakan organ paling penting kepada manusia. Tanpa mata segala pergerakan yang ingin kita lakukan amat terbatas. Sebab itulah mata dikatakan amat penting kepada kita. Setiap orang memiliki mata yang berbeza-beza bentuknya. Ada orang yang mempunyai mata cantik dan ada yang kurang cantik. Namun ini bukanlah menjadi masalah. Solekan mata dapat menutup kekurangan yang terdapat pada mata. Oleh sebab itu, penulis melahirkan buku ini iaitu The Make Over Mata.
The Make Over Mata hadir untuk mengungkapkan pelbagai teknik solekan mata yang selama ini menjadi “rahsia” penulis dalam berkarya. Buku ini memuatkan cara menganalisis bentuk dan keadaan mata sehingga teknik-teknik solekan yang betul untuk memperoleh hasil yang memuaskan hati.
Buku ini ditulis sebagai panduan kepada para pembaca di luar sana agar memiliki mata yang cantik dan kelihatan menawan. Mengubah bentuk mata secara sempurna bukanlah perkara yang mudah untuk dilakukan. Semoga buku ini dapat meningkatkan kepakaran anda sehingga dapat menghasilkan solekan mata seperti seorang profesional.
Jadi, tunggu apalagi, dapatkan buku ini agar anda juga dapat memiliki mata yang menawan.