Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Duda Pujaan Dara (Novel Diadaptasi ke Drama)
Hanny Esandra
rates Jadi orang pertama untuk tulis ulasan
Harga : RM 25.00
Harga Promosi : RM 22.50
Penjimatan : RM 2.50 (10*%)
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Si dara yang bercita-cita mahukan si duda. Katanya duda banyak pengalaman. Pelik-pelik sahaja impian Ainee Marwah.

Lalu, Ainee Marwah bertemu dengan Tengku Razeen. Si duda yang mempunyai anak satu. Dia merupakan bos di tempat kerja Ainee Marwah. Seorang lelaki yang sudah kematian isteri dan mahu mencari pengganti demi anak tercinta, Tengku Rafanda.

Sikap Ainee Marwah yang gedik mahukan duda mana boleh ditahan-tahan. Maka, dia rancang bermacam-macam cara untuk pikat si duda pujaan. Senyum sudah, langgar bahu sudah, main mata sudah, malah jatuh tergolek pun Ainee Marwah sanggup demi mahu menarik perhatian Tengku Razeen.

Usaha bagai nak rak, tetapi lelaki itu tetap kaku macam paku. Muka ketat pakai skru. Lagi yang buat Ainee Marwah sakit hati, Tengku Razeen cair hati pula bila bersama dengan Dora yang Ainee Marwah gelar… Doraemon!

“Botol kicap, botol cuka. Saya ni bermimpi ke?”- Ainee Marwah
“Kain sutera, kain guni. Saya tanya betul-betul ni.”- Tengku Razeen

Rasa mahu berhenti jantung Ainee Marwah bila Tengku Razeen tiba-tiba melamarnya. Bercinta dengan Dora, tapi dia yang dilamar. Fuh! Mencabar rupa-rupanya berkahwin dengan lelaki bergelar duda.

Ikan kembung, ikan yu. I love you… - Ainee Marwah
Pengkalan Batu, Pengkalan Chepa. I love you tu apa?- Tengku Razeen

Sakitnya hati bila suami tidak romantik. Tapi, Ainee Marwah tidak berputus asa. Kalau sebelum kahwin dia sudah nakal, selepas berkahwin bertambah nakal. Dia sanggup lakukan apa sahaja untuk beli hati Tengku Razeen.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789673652914
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Fajar Pakeer
Tarikh terbitan : 01-FEB-2017



Komen Pembaca:
review



Koleksi Penulis:
  1. Duda Pujaan Dara (Novel Diadaptasi ke Drama)
  2. Suamiku Encik Gula
  3. Cik Diari Hati
  4. Mr. Donat Karamel (Novel Diadaptasi ke Drama)
  5. Dia Bukan Cinderella
  6. Cinta Datang Menyapa
  7. Badak Bincu: Kalau dah Gemuk, Bersukan Sampai Malam pun Takkan Kurus
  8. Tahu Rasa Cinta: Kalau Erzalina tidak Kudapat Akan Kuterbang ke Langit Tinggi
  9. Kasih Yang Satu
  10. Cik Diari Hati
  11. Cinta Semanis Gula

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option