Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Wish List
Syamnuriezmil
rates Jadi orang pertama untuk tulis ulasan
Harga : RM 28.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja


* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Semua impian akan menjadi kenyataan kalau kita ada kesungguhan... Safa Auliya mempunyai lima senarai impian yang masih belum direalisasikan. Bagi Safa Auliya, impian perlulah disimpan sebagai rahsia kerana kalau diberitahu pada orang lain, kelak tak akan menjadi kenyataan. Sebab itulah hubungan dia dengan Umair Wajdi hanyalah setakat kawan baik walaupun setelah sepuluh tahun mereka berkawan, kerana Safa Auliya tak mampu untuk beritahu impiannya kepada Umair Wajdi. Sehinggalah...

“Kak Safa... Abang dah tak ada.” Umair Wajdi meninggal dunia akibat kemalangan. Hancur luluh hati Safa Auliya apabila impiannya itu... Tidak kesampaian. Namun, sebagai seorang kawan baik, Umair Wajdi tidak meninggalkan Safa Auliya dengan begitu sahaja. Dia meninggalkan Safa Auliya dengan lima impiannya yang perlu Safa Auliya sempurnakan mengikut turutan. Malangnya, Safa Auliya telah berjanji hanya akan sempurnakannya apabila dia berjumpa dengan seseorang yang serupa dengan Umair Wajdi. Allah S.W.T akhirnya memakbulkan doanya apabila dia tertukar kopi yang tertulis namanya sebagai ‘Awek Cun' kepada kopi orang lain yang tertulis ‘Z.A' kerana sibuk berangan!

"Tak apa... Jangan rasa bersalah. Biar saya jadi Awek Cun hari ni.”-Zahkry Adam

Safa Auliya panik, dia tersilap tapi… Rupa lelaki itu mirip sangat dengan Umar Wajdi. Tersentak emosinya saat itu. Dan di situlah menjadi titik persahabatan mereka. Titik di mana bermulanya Safa Auliya mengajak Zakhry Adam sama-sama menyempurnakan wish list Umar Wajdi. Apakah yang akan terjadi setelah Safa Auliya mendapat tahu siapa sebenarnya Zahkry Adam? Apakah kaitan Zahkry Adam dengan Zahier Adam? Adakah semua impian Umair Wajdi akan tertunai? Atau dibiarkan menjadi senarai menunggu? Apa pun alasannya... Impian tak akan jadi kenyataan kalau kita tak ada kesungguhan.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789672102465
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Penulisan2u
Tarikh terbitan : 20-MAY-2018



Komen Pembaca:
review



Koleksi Penulis:
  1. Today I Married My Best Friend
  2. Tolong Sempurnakan Cerita Mami
  3. Mr. Grey (Novel Diadaptasi ke Drama)
  4. Cerita Cinta Kita
  5. Magisnya Cinta
  6. Tuan Anas Mikael (Novel Diadaptasi ke Drama)
  7. Cik Serba Tahu
  8. Perempuan Paling Bahagia
  9. Manuskrip Cinta
  10. Wish List
  11. Terlanjur Mencintaimu (Novel Diadaptasi ke Drama)
  12. Pabila Cinta Memanggilku
  13. Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Filem)
  14. Rindu Kamu Mr.Darcy
  15. Suami Tanpa Cinta (Novel Diadaptasi ke Drama)

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option