Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Lelaki Kiriman Tuhan
Umie Nadzimah
rates Jadi orang pertama untuk tulis ulasan
Harga : RM 22.00*
Penghantaran tempatan: Kehabisan Stok.
(Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda ingin membeli buku ini)

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Naira, si gadis garang dan selalu berwajah masam. Dia tidak percaya pada lelaki yang cuba mendekatinya. Semua tak ikhlas dan suka ambil kesempatan. Lelaki yang mengaku mencintainya separuh mati pun akan pergi bila tahu dia banyak tanggung beban hutang keluarga. Nampak sangat tak bersungguh menyayangi dia, tak mahu susah bersama.
 
Tiba-tiba muncul lelaki berperangai hantu ganggu hidup Naira. Iqbal Raid namanya. Raid seronok untuk tawan hati Naira yang muka macam jeruk, ego dan sombong itu. Macam-macam cara Raid cuba untuk berbaik-baik dengan Naira.  
 
"Terima kasih sebab prihatin pada saya. Tapi lain kali jangan menyibuk la, hantu!" - Naira
 
"Ops... Hati hantu ni degil. Nak juga kacau Cik Naira yang berwajah asam ni. Gelisah kalau tak tengok muka." - Raid
 
"Sebab awak tu miring!" - Naira
 
Raid selalu ada bila Naira susah dan bermasalah. Dia sanggup buat apa saja, berkorban segalanya untuk Naira dan tidak lari seperti lelaki lain. Lama-lama Raid yang miring dan hantu itulah yang Naira rindu.  Tidak mahu bercinta sebelum nikah, Naira setuju kahwin segera walau dibantah oleh abang kandung sendiri, Mirza. 
 
Musim bulan madu berlalu dengan indah, baru terbongkar satu per satu rahsia Raid  yang penuh misteri.  Ketika itu, bolehkah Naira menerima Raid seadanya? Apakah kesudahan rumahtangga mereka? Terus bahagia atau sebaliknya? 
 
Siapakah Iqbal Raid sebenarnya? Manusia biasa, hantu atau manusia sebaik malaikat? Temui jawapannya dalam LELAKI KIRIMAN TUHAN...



Mengenai Produk:
ID produk : 9789672102106
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Penulisan2u
Tarikh terbitan : 10-JUL-2017



Komen Pembaca:
review



Koleksi Penulis:
  1. Cinta Paling Agung (Diadaptasi Daripada Filem)
  2. Tidak Pernah Sesal
  3. Si Baju Kurung Kasut Kanvas
  4. Lelaki Kiriman Tuhan
  5. Usai...Aku Terima Nikahnya
  6. Kerana Terpaksa...Aku Relakan (Novel Diadaptasi ke Drama)
  7. Dia...Isteri Luar Biasa (Novel Diadaptasi ke Drama)
  8. Jujurlah Nikahi Aku...

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option