MPHOnline.com - Where the bookstore comes to you Free Delivery Available Feel free to call us for assistance
MPH Online eBooks
 Search by:  (Tips: Search Author by: Last Name, First Name)
 

Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce

Security Alert!  
 
 


 
My Precious Iris
Melur Jelita
rates 4.14 out of 5 (Good)
(14)  Tulis ulasan
Harga : RM 35.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Demi waktu, di bawah langit-Mu, ku akui nikmat-Mu

Dengan hati ikhlas yang sentiasa mengingati Allah, langit runtuh pun aku tak takut! Kisah kehidupan yang penuh warna. Tanpa iman dan kasih sayang, jiwa manusia sangat menderita di dalam kolam hati. Seumpama perahu kertas yang belayar di lautan luas. Betapa rapuh dan lemahnya sehelai kertas menahan asakan dari gelombang. Manusia adalah apa yang mahu dipercayai dan apa yang dipercayainya. Hanya berpegang kepada iman dan kasih sayang, adakah sinar cahaya yang ditemui Iris terus digenggamnya? Siapakah lelaki yang berjaya menakluki Iris? Mampukah hidup yang hanya berbekalkan kejujuran menghalang rama-rama Iris daripada terus terbang bebas? Ketika Iris menyedari, dia harus berjuang untuk hidup, maka bagaimanakah akhirnya seorang Iris? “Kaya raya sampai langit ketujuh sekali pun, saya tak hairan. Tak payahlah nak beritahu semua orang jutawan nombor satu di Malaysia, ada rumah persinggahan di seluruh dunia, francais beribu-ribu satu alam, harta berbilion, berpangkat Tengku, Tan Sri atau Tun sekali pun, kalau tak diescort dengan polis trafik, tak payah berlagak sangat. Itu maknanya tak cukup kaya dan tak cukup hebat, jangan nak bangga sangat dengan kekayaan boy-friend awak tu! Sebatang jarum pun tak boleh dibawa mati!”- FIRMAN

“I ada tiga cadangan nama baby. Cullan-Gaelic meaning spirit of God and handsome, Gavin-Welsh, a fierce and strong warrior. They're unique and yet go perfectly with the Irish last name. Tapi yang paling memukau nama Aidan dan Iris itu sendiri. Apa saja mengenai Iris sentiasa mengingatkan I ketika di Dublin, Ireland.”- AIDAN

“You tak ada apa-apa perasaan kat I sebab you dah ada orang lain. Macam I tak kenal dengan rupa perempuan macam you. Tak pernah puas dengan seorang lelaki…”- HARIS

Aku diberi gelaran my precious... Sejak awal pertemuan kami... Dia cuba menyedarkan aku dengan cara halus... Aku sangat berharga sebagai seorang gadis maka aku harus menjaga penghargaan itu.- IRIS




Mengenai Produk:
ID produk : 9789670246482
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni
Tarikh terbitan : 15-MAY-2013



Komen Pembaca:

review

Nama: SITI NOR HASLINATON BT HASHIM
Rating: 3 out of 5
komen:

novel yg sngt bagus.. i like


Nama: elly juliana binti zaharudin
Rating: 4 out of 5
komen:

best sangat cerita ni sambungan dari i love you stupid


Nama: Rokiah binti Hussin
Rating: 3 out of 5
komen:

sambungan I love u, Stupid! tp agak menghampakan saya sebab ada plot cerita yang tertinggal (mungkin) boleh diperbaki lagi jalan ceritanya agar lebih menarik. for me, I love u, stupid! is the best!


Nama: siti haslia yaakob
Rating: 4 out of 5
komen:

Best, cara penceritaan Melur Jelita mmg lain dari yang lain... sarat dengan kasih sayang dan nasihat...


Nama: hafidah muhamad
Rating: 5 out of 5
komen:

saya nak baca lagi bila nak ada keluaran terbaru......gaya penulisan yang sangat baik...saya suka melur jelita buku puan ada koheran dan kohesinya...plot yang baik...penutup yang sempurna...moga buku yang akan datang lebih best......


Nama: Nadia Jamil
Rating: 5 out of 5
komen:

Novel ni sambungan dari novel I LOVE YOU, STUPID! Novel ni sangat2 best. I personally think that this novel is so perfect. Ada element human & history (kisah umat Islam di Kemboja), ada element motivasi dan Islamic, ada element romantik (cinta halal antara suami isteri), ada elemen humor dan juga ada elemen suspen/thriller. Dan paling best ia keluar dari typical novel melayu yang kalau romantik je mesti melibatkan kemewahan (i.e. bercuti di luar negara, candle light dinner, hadiah yang mewah and etc). Yang pasti novel ni memberi satu perspektif baru bahawa orang kebanyakan / sederhana pun mampu menjalani kehidupan yang bahagia dengan kemampuan masing2. Saya rangkumkan bahawa novel ini tidak akan bawa kita untuk berangan dengan benda2 yang org kebanyakkan tak mampu nak capai. Tapi ia menggambarkan kehidupan yang sangat realistik dan memberi kita pengalaman dan pengajaran yang boleh diaplikasikan dalam kehidupan harian. Thumbs up Melur Jelita. I'm one your big fan and waiting for your next karya. All the best! =)


Nama: Asma Ida Ismail
Rating: 3 out of 5
komen:

Cerita yang penuh dgn nasihat. Gaya penulisan yg boleh membawa sya berada seolah2 di dalam penceritaan novel & menyentuh jiwa yang membaca. Congrats to Melur Jelita. Waiting for your next karya.


Nama: Hidayah bt Sulaiman
Rating: 3 out of 5
komen:

i looooovvee this novel sooo much...changing my life by 360...togeher with I.L.U.S (I love you stupid)...such a perfect story...


Nama: Zainun Tukiman
Rating: 3 out of 5
komen:

suka sangat dgn novel ni..dah baca 3 kali tp masih tak jemu2.. kak MJ tolong sambung sikit citer ni..nak tau apa jd pd si Izhar yang jahat tu and apa yg jadi pada Aidan...lagi satu kalau boleh buatlah ebook untuk ILUS and MYPI..confirm sy nak beli lagi...senang xpayah nak bawa buku kalau travelling..sbb anytime je sy rasa nak baca... :)


Nama: Siti Fatimah binti Abd Wahab
Rating: 5 out of 5
komen:

cerita ni membuatkan sye sedar diri sebagai seorang hamba yang lemah semuanya.. sehabis daya firman cube utk menjadi sempurna bagi melindungi iris, dier tetap manusia biasa.. Nama itu.. ALLAH.. boleh disebut tanpa menggerakkan kedua bibir membuatkan sye terfikir sejenak.. buat kak Melur, terima kasih kakak diatas perkongsian ilmu yang akak berikan.. kasih sayang.. cinta.. tanggungjawab.. ilmu tanpa amal tiada gunanya.. novel akak membuatkan taggappan sye pada novel2 cinta berubah 100%.. sye menantikan karya akak seterusnya.. teruslah berdakwah dengan cara kakak sendiri selagi ia tidak terpesong dari landasan yang telah ditetapkan agama.. buat pembaca yang belum memiliki novel ini, sye sarankan anda untuk membaca novel ini tapi sebelum tu bacelah dulu ILUS supaya faham jalan cerita yang disampaikan..:)





Koleksi Penulis:
  1. Awak Suka Saya Tak?
  2. I Love You, Stupid!
  3. My Precious Iris

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta

Copyright © with mphonline.com 2014. All Rights Reserved. 
MPH Bookstores Sdn Bhd (46248-M)

Back to top