Search by: ( Tips: Search Author by: Last Name, First Name)
Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service
MPH Quill -Your Lifestyle Magazine


 
Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Drama)
Syamnuriezmil
rates 4.50 out of 5 (Good)
(4)  Tulis ulasan
Harga : RM 23.00*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” –Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.

Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?




Mengenai Produk:
ID produk : 9789670246307
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni
Tarikh terbitan : 31-AUG-2012



Komen Pembaca:

review

Nama: rosma112528
Rating: 3 out of 5
komen:

NOVEL INI BANYAK MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA MASYARAKAT BAHAWA GADIS YANG MALANG (DIROGOL) MASIH MEMERLUKAN SOKONGAN DARIPADA MASYARAKAT BUKANNYA CEMUHAN YANG BAKAL MEMBUATKAN GOLONGAN INI TERUS TERASA TERHINA. NOVEL INI MEMBUKTIKAN MASIH RAMAI LAGI LELAKI YANG BUDIMAN YANG SANGGUP MENPERTARUHKAN MASA DEPANNYA DEMI MENYELAMATKAN MASA DEPAN SEORANG GADIS YAN TIDAK BERSALAH. KONFLIK- KONFLIK YANG TIMBUL MEMBUATKAN MEREKA LEBIH MEMAHAMI DIRI SENDIRI WALAUPUN MASING- MASING MENYANGKAL PERASAAN MEREKA.BAGI GOLONGAN TERPILIH SEPERTI WATAK ALEEYA DALAM NOVEL INI TELAH MEMBUKTIKAN MEREKA PERLU KUAT BERDIRI SEMULA UNTUK MEMASTIKAN MEREKA TERUS MAJU MELANGKAH KE HADAPAN, CEKAL MENHGARUNGI CABARAN SERTA TIDAK BERFIKIRAN NEGATIF DENGAN TERUS MENGENANG NASIB DIRI SEBALIKNYA JADIKAN PERKARA LALU SEBAGAI SEMPADAN YANG AKAN MEMBUATKAN DIRI LEBIH MATANG.


Nama: NORHAFIZAH
Rating: 5 out of 5
komen:

cerita ini banyak bagi pengajaran kepada kita..seronok di baca,sangat best!!


Nama: Natasha Norman Lee
Rating: 5 out of 5
komen:

superb!


Nama: moon
Rating: 5 out of 5
komen:

jalan cerita yang sanagt menarik dah yang pastinya tak rugi baca...sangat best





Koleksi Penulis:
  1. Terlanjur Mencintaimu
  2. Pabila Cinta Memanggilku
  3. Suamiku, Encik Perfect 10! (Novel Diadaptasi ke Drama)
  4. Rindu Kamu Mr.Darcy
  5. Suami Tanpa Cinta
  6. Bukan Kahwin Paksa
  7. Isteri untuk Disewa
  8. PA untuk Dia
  9. Awak Sangat Nakal!

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option