Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Kisah Dua Beradik Ibrim & Towa Ular Gergasi Tasik Raga
Amiene Rev
rates 5.00 out of 5 (Very Good)
(3)  Tulis ulasan
Harga : RM 14.00*
Penghantaran tempatan:  Kehabisan Stok. Hubungi kami bagi maklumat lanjut.

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Beratus-ratus tahun kemudian, tamadun manusia telah musnah akibat keangkuhan dan kerakusan manusia, dan manusia kembali kepada cara hidup bertemankan hutan dan alam semula jadi. Dua beradik, Ibrim dan Towa serta rakan-rakan mereka berhajat untuk menerokai rahsia legendas Tasik Raga yang mengandungi ketulan-ketulan emas di dasarnya. Ketulan emas itu dikatakan dimiliki oleh seekor ular raksasa. Tanpa disedari kumpulan kanak-kanak itu telah menemui sesuatu yang lebih misteri dan mengagumkan. Ular raksasa yang mereka temui itu bukanlah sejenis reptilia, tetapi merupakan sebuah kenderaan berupa ular tedung gergasi yang menyimpan jasad-jasad manusia dari zaman kegemilangan manusia zaman silam yang berhibernasi di dalam keranda-keranda berteknologi tinggi. Manusia-manusia itu mempunyai tujuan yang tertentu untuk berbuat demikian. Apakah sebabnya manusia-manusia itu sanggup tidur sehingga beratus-ratus tahun di dalam mesin berteknologi tinggi itu? Cerita yang diilhamkan daripada sebuah kisah "Ashabul Kahfi - Pemuda Gua Kahfi" ini bertujuan membangkitkan semangat cintakan kedamaian dan menghargai kehidupan bersatu padu dalam kalangan kanak-kanak.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789670172446
Muka Surat : 131
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Pekan Ilmu Publications
Tarikh terbitan : 01-JUL-2015



Komen Pembaca:

review

Nama: MOHD AMIEN MOHD YASIN
Rating: 5 out of 5
komen:

SINOPSIS VERSI 2: Irina, bukan sebarangan manusia. Sebagai salah seorang 'manusia ular' (gelaran yang diberikan oleh penduduk setempat), Irina adalah isteri kepada Nordin, yang dahulunya adalah salah seorang pemimpin terhebat daripada kalangan manusia ubahsuaian genetik. Mereka mewarisi kepintaran luar biasa, kuasa telepati dan telekinesis. Malangnya kehadiran mereka ditentang. Kecewa dengan konflik dan peperangan yang sering tercetus angkara kerakusan dan sifat tamak manusia, Irina dan suaminya, serta sepasang manusia ubahsuaian genetik yang lain tidur selama beberapa ratus tahun sebagai FETUS di dalam RAHIM, keranda-keranda berbentuk telur ular untuk menunggu zaman kebangkitan semula. Mereka bangkit pada zaman Ibrim & Towa dilahirkan. Pada zaman tamadun manusia sudah musnah akibat perbuatan tamak manusia sendiri. Zaman itu, hutan belantara menguasai sebahagian besar daratan, dan kebanyakan haiwan serta sebilangan bangsa manusia sudah mengalami mutasi. Irina kemudiannya menjadi mentor kepada salah seorang watak utama dalam karya ini. Inilah inipati novel fantasi sains fiksyen Kisah Dua Beradik IBRIM & TOWA: Ular Gergasi Tasik Raga.



Nama: Nor Arissa Adelia
Rating: 5 out of 5
komen:

sudah ulang baca 2 kali novel ini. jalan ceritanya menarik. full action pack! sesuai untuk semua peringkat umur. very interesting story and I really love this novel.



Nama: Syed Hafiz
Rating: 5 out of 5
komen:

MUST READ! Novel yang mengagumkan. Daya imaginasi yang setanding dengan novel-novel dari luar negara.






Koleksi Penulis:
  1. Kisah Dua Beradik Ibrim & Towa Ular Gergasi Tasik Raga

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Novel – lain-lain
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option