Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
Tun Dr Mahathir Mohamad
rates 4.24 out of 5 (Good)
(17)  Tulis ulasan
Harga : RM 59.90*
Penghantaran tempatan: 3 ke 5 hari bekerja

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Barat menyifatkannya sebagai seorang yang keras kepala, perkauman, anti-Yahudi dan angkuh. Negara membangun bagaimanapun, memandang bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai juara wawasan dan pemimpin luar biasa yang menyuntik semangat kepada setiap individu Dunia Ketiga untuk berdiri megah. Bahkan pengkritik beliau yang paling lantang pun tidak dapat menafikan bahawa di sebalik semua ini, Tun Dr Mahathir memberikan negara-negara yang terpinggir keberanian dan menunjukkan jalan ke arah masa depan yang penuh harapan. Sungguhpun demikian, beliau tidak terlepas daripada kontroversi. Selama 22 tahun memimpin negara, beliau digambarkan sebagai seorang diktator dan juga perangsang. Tidak ramai pemimpin yang berjaya mengubah keseluruhan negara daripada ekonomi agraria kepada kuasa perindustrian dalam tempoh singkat selama dua dekad. Di sini, dengan ketepatan pembedahan, Dr Mahathir menjejaki susur galur sejarah dan menghalusi peranan beliau sendiri dalam membentuk Malaysia moden.

BIODATA PENULIS
Dalam masa 22 tahun sebagai Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad mengubah negaranya daripada sebuah negara pertanian yang mundur kepada sebuah kuasa perindustrian dan negara perdagangan ke-17 terbesar di dunia. Pencapaian yang mengagumkan itu bagaimanapun, membawa bersamanya kontroversi. Wawasan Dr Mahathir yang luar biasa dan cengkaman kuat beliau ke atas pentadbiran melahirkan musuh dan peminat tegar di dalam dan luar Malaysia. Beliau dilabelkan, sama ada secara tipikal atau paradoksikal, sebagai diktator yang zalim dan ditakuti mahupun sebagai pembela yang memberi ilham, berani dan lantang kepada Dunia Ketiga, Muslim sederhana serta golongan tertindas. Di setiap persimpangan yang dilaluinya, Dr Mahathir menulis semula hukum dan peraturan. Autobiografi ini menjadi jendela bagi mengintai cara luar biasa beliau berfikir dan bagaimana pemikiran beliau dipengaruhi oleh peristiwa-peristiwa besar dalam sejarah Malaysia, daripada Perang Dunia Kedua dan Perjanjian MacMichael kepada kemerdekaan, perindustrian serta pembentukan Malaysia moden, krisis politik dan kewangan pada akhir 1990-an, serta cabaran abad baru. Buku ini mendedahkan ciri-ciri yang sebelum ini tidak diketahui mengenai seorang insan yang tidak suka menonjolkan diri, tetapi akhirnya menjadi negarawan yang berani. Buku ini menceritakan politik Malaysia moden melalui kaca mata salah seorang daripada pengukirnya yang agung. Ia bukan untuk meminta pengampunan atau percubaan mempertahankan diri, tetapi pengisahan yang tegas, menambat perhatian dan menarik mengenai bagaimana serta mengapa Dr Mahathir mencatat begitu banyak kejayaan dalam masa yang singkat. Tun Dr Mahathir Mohamad adalah Perdana Menteri Malaysia yang keempat dari 1981 hingga 2003. Beliau kini menetap di Kuala Lumpur.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789674150259
Format : Kulit Nipis
Penerbit : MPH Group Publishing
Tarikh terbitan : 30-APR-2012



Komen Pembaca:

review

Nama: bob
Rating: 3 out of 5
komen:




Nama: Noor Effandi Bin Ahmad
Rating: 5 out of 5
komen:

Penulisan Yang Cukup Jujur dan Berani. Beliau tidak takut pada kritikan dan sentiasa melaksanakan apa yang difikikannya betul dan mempunyai kesan jangka masa panjang yang baik. Beliaulah pemimpin terbaik yang pernah dimiliki Malaysia sepanjang 55 tahun negara ini Merdeka .....



Nama: nuruthman
Rating: 3 out of 5
komen:

Tun M adalah seorang negarawan yang jujur dan amanah.Apa tersurat adalah tersirat jua.Tiada keralatan isu dan yang diperkatakan.Ianya akan menjadi refrensi buat para pelajar,masyarakat dan negara.Terbaik sekiranya disumbangkan kepa semua pusat sumber seluruh negara.



Nama: zahry ahmad
Rating: 5 out of 5
komen:

seorang melayu yang hebat membawa kejayaan malaysia mengikut apa yang beliau rasakan betul..semua rakyat malaysia perlu membaca buku ini



Nama: Norsahyiera Azleen Binti Mohamad Azmi
Rating: 3 out of 5
komen:

this book same ker ngan doktor ih the house???



Nama: Muhammad Hafiz bin jasmi
Rating: 3 out of 5
komen:




Nama: Siti Shahfinaz binti Yusoff
Rating: 5 out of 5
komen:

really proud of him.



Nama: Nooremylia binti Abdullah
Rating: 5 out of 5
komen:

Beliau merupakan pemimpin ulung Malaysia. Amat berasa bangga mempunyai pemimpin seperti beliau. Melalui buku Doktor Umum, banyak perkara yang tidak diketahui umum diceritakan oleh beliau di dalam buku tersebut. Tidak rugi untuk memiliki buku ini.



Nama: ALI AKBAR BIN MUSTANSIR
Rating: 5 out of 5
komen:




Nama: NORZANA BINTI SAM ZAKARIA
Rating: 4 out of 5
komen:

Buku yang dapat mengenali beliau dengan lebih dekat lagi..merangkumi semua..perihal keluarga beliau dan penglibatan beliau dlm politik..kagum dengan sifat dan sikap beliau..Malaysia bertuah dan beruntung memiliki seorang pemimpin yang telah banyak berjasa kepada rakyat dan negara Malaysia..






Koleksi Penulis:
  1. Excerpts from the Speeches of Mahathir Mohamad on the Multimedia Super Corridor
  2. The Malay Dilemma (With a New Preface)
  3. Islam and the Muslim Ummah
  4. Through My Lenses
  5. Dr Mahathir's Selected Letters to World Leaders (Vol # 1)
  6. A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad
  7. 医生当家
  8. Che Det
  9. Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
  10. Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
  11. A Doctor in the House: The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Biografi & Memoir
Kategori (sub) : Sejarah & Politik
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option