Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Cerpentwitter
Ajamihashim
rates Jadi orang pertama untuk tulis ulasan
Harga : RM 15.00*
Penghantaran tempatan: Tiada Cetakan Semula

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

CerpenTwitter ialah koleksi cerpen yang dimulakan oleh Ajami Hashim di akaun twitter peribadinya http://www.twitter.com/ajamiha pada 15 Mac 2011 melalui hashtag #cerpentwitter. Asalnya ia hanyalah sekadar melepaskan kebosanan untuk menulis apa sahaja perihal yang terlintas di fikirannya. Namun kemudiannya ia berkembang menjadi kegilaan untuk bercerita di laman media sosial itu setiap hari. Setelah lebih setahun, Ajami telah berjaya mengumpul beratus-ratus cerpen. Dia mencabar dirinya sendiri untuk menulis cerpen tidak melebihi dari 140 aksara di ruang twitter yang terhad dan seboleh-bolehnya menggunakan ejaan penuh. Buku ini ialah koleksi 500 cerpen terpilih yang dibahagikan kepada tiga segmen iaitu drama, misteri dan komedi. Drama ialah cerpen-cerpen yang agak serius atau aneka frasa. Misteri ialah koleksi cerpen yang ada aksi ganas, seram, sains fiksyen atau pelik. Manakala komedi ialah aneka cerpen yang berunsur jenaka gelap atau terang yang sekurang-kurangnya mengundang senyum dalam hati. Setiap cerpen menceritakan sebuah situasi, monolog, dialog, perasaan, pendapat, persepsi atau sekadar ayat yang bebas ditafsirkan oleh sesiapa yang membacanya. Kadangkala ada juga cerpen yang berantaian jika dibaca secara berterusan tetapi masih boleh dibaca secara berdikari tanpa mengikut kronologi. Terdapat juga cerpen-cerpen yang bermula dari ayat permulaan yang sama diikuti oleh ayat seterusnya yang menjadi cerita yang berasingan. Malahan Ajami pernah mengajak pengikut akaun twitternya untuk mencadangkan sepatah perkataan yang dikembangkan menjadi sebuah cerpen. 




Mengenai Produk:
ID produk : 9789671118528
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Silverfish
Tarikh terbitan : 27-SEP-2012



Komen Pembaca:
review



Koleksi Penulis:
  1. Cerpentwitter

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cerpen / Drama
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option