Morewards
Verified by Visa MasterCard SecureCode Click to Verify - This site chose Symantec SSL for secure e-commerce and confidential communications. Trusted Commerce
Browser Compatibility
Free Delivery
Customer Service


 
Love You Mr. Arrogant (Novel Diadaptasi ke Drama)
Aliesha Kirana
rates 3.86 out of 5 (Good)
(7)  Tulis ulasan
Harga : RM 18.00*
Penghantaran tempatan: Kehabisan Stok.
(Sila maklumkan kepada kami sekiranya anda ingin membeli buku ini)

* This product is zero-rated GST. Price payable is exclusive of GST
* Diskaun sah untuk pembelian atas talian sahaja.
Harga akan berubah dari masa ke semasa

Deskripsi Produk:

Zaara Amirah punya impian yang sama seperti impian tipikal gadis biasa, iaitu membina rumah tangga yang bahagia bersama insan yang dicintainya. Namun impiannya musnah sebaik saja dia terjerat di dalam perangkap lamaran paksa dari seorang jejaka yang asing dalam hidupnya, Zafriel Irham. Dek kerana ingin terlepas dari genggaman Sherry, menantu pilihan ibunya, Zafriel Irham memaksa Zaara Amirah menjadi isterinya dengan menjadikan sebuah janji sebagai modal.

"Itu harga yang kau perlu bayar sebab tak kotakan janji. Sekarang jangan banyak cakap, kahwin dengan aku. Titik." – Zafriel Irham

Demi sebuah janji, Zaara Amirah reda menerima kehendak Ilahi. Biarpun tiada cinta, Zaara Amirah rela demi menjaga maruah diri dan keluarganya dari dipijak-pijak jejaka bongkak itu sewenang-wenangnya.  Namun Zaara Amirah tidak menyangka, keputusannya itu membuatkan hidupnya kacau-bilau melayan karenah Zafriel Irham yang berhati kering dan tinggi egonya.

"Apa? Atas lantai ni?"

"Kat mana-mana saja yang kau suka. Tapi bukan atas katil mahal aku ni. Buat kotor saja."

"Kotor? Awak yang nak kahwin dengan saya kan, lepas tu awak cakap saya kotor pulak? Kalau awak tahu saya kotor, buat apa awak kahwin dengan saya? Awak fikir tak perasaan saya bila awak paksa saya kahwin dengan awak dulu? Awak fikir pasal diri awak saja, kan? Pasal saya ni awak tak fikir langsung. Awak ni memang tak guna!"

Berhadapan pula dengan Puan Sri Maryam, ibu mertuanya dan Sherry yang membenci dirinya, hidup Zaara Amirah tidak lagi aman. Kehadiran Hadry Hakimi, sepupu Zafriel Irham yang cuba merapatinya, mengeruhkan lagi keadaan.

Keadaan bertambah parah apabila tanpa sedar, dia telah jatuh hati pada suaminya biarpun dia tidak dilayan seperti seorang wanita yang bergelar isteri.

"Aduhh! Kenapa dengan aku ni? Kenapa aku rasa rindu sangat ni? Macam orang gila bayang saja lagaknya ni. Padahal baru beberapa jam dia pergi. Takkanlah aku dah jatuh hati dengan mamat berlagak tu? Aduhh… tapi..." – Zaara Amirah

Adakah kebahagiaan akan menjenguk hidup Zaara Amirah apabila dia sudah jatuh hati pada jejaka bongkak itu? Atau menunggu balasan jejaka itu ibarat bulan pada waktu malam menanti matahari menjelma pada waktu siang? Zaara Amirah terus menanti...

Pilihan Staf:
Jalan cerita yang menarik dan tidak menghampakan. Tabik 'spring' untuk Aliesha Kirana kerana berjaya menghasilkan karya yang walaupun penyusunan ayatnya agak ringkas, namun ia tetap bermesej. Kepercayaan, pengorbanan dan sifat kekeluargaan yang ditonjolkan amat menyentuh hati.




Mengenai Produk:
ID produk : 9789670246185
Format : Kulit Nipis
Penerbit : Karya Seni



Komen Pembaca:

review

Nama: Lynda Lum
Rating: 5 out of 5
komen:

best sangat sangat.. agak rugi jika kita tak membaca karya yang bagus nie.. walaupun jalan cerita yang agak mudah nak di fahami dan kita telah tahu apakah kesudahan cerita ini, tapi seperti ada satu kuasa yang tak benarkan kita untuk berhenti walau seketika.. ^^



Nama: Hasmaniliza Hashim
Rating: 5 out of 5
komen:

puas baca! best! superb!



Nama: AIN NURSUHADA BINTI AZMY
Rating: 3 out of 5
komen:




Nama: hayati zainudin
Rating: 3 out of 5
komen:




Nama: nur atieqah
Rating: 3 out of 5
komen:

Best drama !!!



Nama: Ruhaidah Kassim
Rating: 4 out of 5
komen:

Novel bagus dramanya pun bagus..:)



Nama: Rosheila Darus
Rating: 4 out of 5
komen:

Enjoy reading the book






Koleksi Penulis:
  1. Mamat Muka Selenga (Novel Diadaptasi ke Drama :: Lelaki Macam Dia)
  2. Angin Cinta
  3. Pak Cik Kerek Semanis Pavlova
  4. Love You Mr. Arrogant (Novel Diadaptasi ke Drama)
  5. Cinta Bersaiz XXL
  6. Miss You Mr. Arrogant (Love You, Mr. Arrogant #2)

Cari bahan berkaitan mengikut kategori:
Kategori (utama) : Novel
Kategori (sub) : Cinta
SSL Certificates MasterCard VeriSign Verified Visa Twitter Click Facebook MPHClick Payment Option