Melakar cabaran Malaysia ke arah 2020
Misi Nasional bukanlah milik saya atau Kerajaan. Ia adalah milik semua rakyat Malaysia dan berdasarkan itu, segenap lapisan masyarakat mempunyai peranan untuk dimainkan. Sektor swasta hendaklah menggunakan tenaga dan gaya kreativitinya untuk menjadi pemimpin dalam menjana pertumbuhan ekonomi. Sektor awam pula hendaklah memastikan bahawa sistem penyam-paiannya adalah berkesan dan cekap - ini bermakna ia adalah memudahkan, bukan mengecewakan. Orang awam hendaklah menjadi rakan kongsi dalam pembangunan. Kita memang memerlukan komitmen sepenuhnya dan usaha-usaha bersepadu daripada semua pihak. Jadi, marilah kita merealisasikan cita-cita untuk membina sebuah negara yang lebih makmur, maju, progresif dan dinamik. Dan bersamalah kita menjadi sebuah masyarakat yang akan memenuhi potensi yang cukup besar dan menjadikan negara kita sebagai yang cemerlang, gemilang dan terbilang. YAB Dato' Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi Prime Minister of Malaysia December 6, 2006 |